Rancak Bina Nama Di Hollywood, Cinta Laura Belum Fikir Soal Teman Lelaki

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Cinta Laura Kiehl menegaskan tidak akan bercakap tentang hal peribadi lebih-lebih lagi membabitkan soal teman lelaki.

Kata selebriti kacukan Indonesia-Jerman itu, dia mengaku agak tertutup dan selesa tidak berkongsi mengenainya.

” Saya tidak suka bercakap soal kekasih di media massa termasuklah cetak atau eletronik. Percintaan bukan keutamaan saya buat masa ini.

” Saya sedang sibuk dengan banyak projek,” katanya kepada KOMPAS ketika ditemui di sebuah majlis di Atrium Plaza Indonesia, Thamrin, Jakarta, semalam.

Akui pelakon sinetron  dia merupakan wanita yang amat sibuk dengan hal berkaitan muzik.

” I’m busy people. Sementara masih muda, saya mahu fokus dengan karier. Jika ada kekasih nanti, ada syarat yang harus dipenuhinya. 

” Dia harus memahami dengan jadual kerja saya yang padat,” katanya yang berulang alik dari Amerika-Jakarta atas urusan kerja.

Cinta Laura kini sedang membina nama di Amerika Syarikat dan pernah membintangi beberapa filem Hollywood antaranya Good Night dan Nanny Is Watching– KOMPAS.

SGMS Faida