Hiburan By: Salma Syahbuddin January 2, 2019 @ 12:52pm

Kayda Aziz Akui Sukar Ulangi Kehebatan Ibu

Anak kepada Ratu Jazz negara, Kayda Aziz mengakui masih tidak mampu untuk mengulangi kehebatan ibunya, Datuk Sheila Majid dalam industri seni walaupun sudah menyanyi secara profesional seawal enam tahun lalu.

Kayda mula menceburkan diri dalam dunia muzik hip hop sejak berusa 13 tahun namun dia mengakui masih belum bertemu dengan pasukan pengurusan yang bagus dan berpotensi untuk menaikkan namanya dalam industri.

Sumber : Instagram @sizez3ro

Menurutnya, adakah bakat penyanyi hip hop wanita masih tidak mendapat tempat di Malaysia jika dibandingkan dengan penyanyi lelaki seperti Joe Flizzow dan Altimet kerana muzik yang dibawakan oleh kedua-dua penyanyi ini mampu menawan hati para pendengar. Dan, tidak untuk beliau.

Pernah tampil dengan album pertama, Love For No Reason Kayda akui sangat berkerja keras untuk menghasilkan album tersebut. 

” Siapa tidak mahu nama dikenali dalampasaran tempatan? Ini bukan soal lagu atau komposer tetapi, teamwork. Penyanyi hip hop memiliki pasukan kerja yang bagus untuk menaikkan nama mereka dan saya tertanya-tanya dimana silapnya. Adakah disebabkan kehebatan nama ibu dan Ayah membuatkan orang lain takut untuk bekerjasama atau mungkin bakat saya miliki tidak cukup bagus.”

“Dan, kalau Joe Flizzow dan Altimet boleh menawan pendengar dengan muzik mereka, kenapa saya tidak boleh?” Katanya

Sumber : Insatgram @sizez3ro

Tambahnya, sebagai seorang anak yang berpengaruh dalam industri seni tanah air, beliau lebih senang hidup berdikari tanpa meminta apa-apa pertolongan dari ibu bapanya. 

” Saya bukan jenis yang suka bergantung hidup kepada ibu bapa. Sejak kecil lagi saya sudah belajar berdikari. Lagipun, perjalanan muzik kami tidak sama.” Jelasnya.

Menolak dakwaan samada dirinya dimanjakan, Kayda, 27  memberitahu sekiranya betul apa yang diperkatakan, dirinya sudah tidak berada di Malaysia malah sudah berada di luar negara untuk mendapatkan pasukan terbaik dalam merealisasikan impian beliau.

Sumber : Instagram @sizez3ro

Sebelum ini, Kayda bersama Hunny Madu pernah berkolaborasi bersama rapper terkenal Amerika Syarikat, Radio3000 menerusi lagu Your Call.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 14 Sep 2018
Cahaya Mata Mon, 28 Nov 2022
Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Tak Sangka Berat Badan Capai Angka Ideal – Shuk

Pelawak dan pengacara, Syuk Sahar akui telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7 kilogram dalam masa seminggu sahaja. Tahniah Syuk….

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Jangan Bila Dah Tua, Baru Nak Cari Kami

Tambah Zed, dia kecewa dengan segelintir artis yang tidak pernah hadir pada acara yang diadakan Seniman namun begitu ‘galak’ mengkritik menerusi sosial media.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019
Hiburan Fri, 22 Jul 2022