Keluarga Mentua ‘Request’ Pengat Durian Sempena Krismas, Raja Ilya Tak Sangka Laku & Menjadi – “Sekali Makan Sampai Licin”

Perkongsian pelakon jelita Raja Ilya menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram (IG), Raja Ilya berkongsi momen dia dan keluarga mentua menyambut Hari Natal beberapa hari lalu di Australia.

Kongsi Ilya, suaminya, Trent Garret memintanya untuk memasak juadah Pengat Durian untuk keluarganya bagi menyambut Hari Natal.

“I minta trent untuk Krismas kat rumah mak dia nanti nak Ilya contribute masak apa. Dalam banyak-banyak benda tak sangka dia minta Ilya masak Pengat Durian.

“Time tu dah fikir dah! Habis lah ini mesti last Krismas pergi rumah mak Trent, tahun depan confirm kene banned.

“Punya lah last minute minta pula tu. Kelam kabut buat video call mak and my sis minta macam mana nak buat. Nasib lah jumpa durian D24 frozen dengan gula melaka kat kedai Asian di sini,” kongsinya.

Lebih mengujakan, Ilya juga mendedahkan keluarga mentuanya sangat sukakan Pengat Durian masakannya itu.

“Tapi tak sangka okay, Pengat Durianku laku. Bukan je Trent, abang ipar dengan baby dia sekali makan sampai licin, lega.

“Nasib la Pengat Durianku menjadi,” tulisnya teruja.

Dalam pada itu, Ilya juga berkongsi itu adalah tahun kelima buat nya bagi menyambut Krismas bersama keluarga mentuanya di Australia.

Untuk info, Raja Ilya dan pasangan, Garret telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 dan kini menetap di Perth.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Video Mesra Dengan Anak, Bentuk Badan Raja Ilya Pula Jadi Perhatian – “Bukan Senang Nak Dapat ‘Body’ Macam Tu Lepas Bersalin”

ARTIKEL BERKAITAN: “My Actions Di Salah Sangka” – Terlebih Prihatin Punca Tinggal Komen Buat Gal Gadot, Raja Ilya Akui Tak Sensitif & Mohon Maaf

Khairil Khusyairi