[VIDEO] Sedang Berusaha Tambah Tiket Konsert Sebuah Epitome, Siti Nurhaliza Akan Cuba Beri Yang Terbaik – “Janganlah Sedih…”

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang berusaha untuk menambah jumlah kerusi di ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang bakal berlangsung pada 9 Mac 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil.

Berita tersebut dikongsikan dalam sesi siaran langsung di TikTok yang disunting semula oleh peminatnya di aplikasi X.

Menurut pelantun lagu popular Bukan Cinta Biasa itu, Siti berharap peminatnya tidak terus bersedih kerana pihak mereka juga tidak menyangka konsert tiketnya itu habis dalam masa dua jam.

Dek kerana itu, Siti berkata ramai yang menghubungi suaminya, Dato’ Sri Khalid Jiwa bertanya sekiranya masih ada tiket konsert tersebut.

“Janganlah sedih, sekejap ya. Saya dengan pasukan saya tengah berusaha sebanyak mungkin untuk tambah lagi seat. Kasihanilah kami juga.

“Kami pun tak sangka tiket konsert habis terjual dalam masa dua jam, semua jadi kelam kabut. Tapi Alhamdulillah, kita cuba untuk menyelesaikan isu ini.

“Ramai yang telefon saya, Datuk K, PA saya, telefon anak-anak saya, adik-beradik saya, semua minta dan tanya ada lagi tak tiket.  Insya-Allah, saya akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya dalam video berkenaan.

Sekadar info, Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza itu dianjurkan oleh Nurjiwa Foundation dan dipersembahkan oleh Cuckoo.

Artikel Berkaitan: Tiket Sold Out Dalam Masa 2 Jam, Siti Nurhaliza Mohon Maaf Pada Peminat – “Saya Faham Ada Yang Mencuba”

Artikel Berkaitan: Terharu Dipuji Siti Nurhaliza, Aisha Retno Jadikan Motivasi Buat Yang Terbaik Di AJL38 – “Terima Kasih Percaya Bakat Baharu”

Aqilah Paharuzi