Categories: HiburanTrending

Selamat Pasang Perentak Jantung, Ebby Yus Elak Kerja-Kerja Berat

Pelakon dan pelawak veteran, Ebby Yus meluahkan rasa syukur setelah selamat menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Khamis lalu.

Menurut laporan mStar, Ebby sedang berehat di rumah dan sudah dibenarkan keluar daripada wad sejak dua hari lalu.

Ebby yang kini dapat menarik nafas lega ekoran keadaan kesihatannya yang semakin baik bagaimanapun tidak boleh terlalu aktif dan harus mengawal pergerakannya.

“Alhamdulillah, saya sedang beransur pulih sebab baru keluar hospital, sekarang ini sedang berehat di rumah sebab dalam masa seminggu ini memang kena jaga lebih sikit.

“Tangan kiri tidak boleh angkat terlalu tinggi, ada benda yang saya tak boleh buat lagi sekarang ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ebby dipantau dan dijaga oleh pengurusnya sehingga keadaan kesihatannya benar-benar sembuh.

Dedah Ebby, dia sukar untuk tidur serta berasa tidak selesa dengan tubuhnya disebabkan kesan sampingan daripada pembedahan tersebut.

Bagi memastikan tubuh badannya kembali sembuh, dia perlu berehat sekurang-kurangnya tiga bulan.

Rentetan itu, dia terpaksa menolak sebarang tawaran lakonan buat masa sekarang demi mengutamakan kesihatan dirinya.

“Kalau ikut doktor, dua atau tiga bulan tapi selepas tiga minggu dah boleh buat kerja sikit-sikit, tapi bukan terlalu berat.

“Pergerakan sedikit terhad sebab ada wayar nak kena jaga takut tercabut.

“Saya mungkin tak boleh ketawa banyak tapi InsyaAllah boleh buat orang ketawa,”katanya

Sumber : mStar

Syamir Shafie