Categories: #ThrowbackXTRA

#ThrowbackXTRA: Pernah Menggigil Ketika Buat Persembahan, Aman Aziz Bangkit Dari Rasa Takut

Penyanyi dan pelakon Aman Aziz mengakui dirinya seorang yang penakut dan pemalu untuk berdepan dengan orang ramai suatu ketika dahulu.

Umum mengetahui, Aman mula menceburi bidang nyanyian menerusi sebuah program realiti dan kini bakatnya sudah disedari ramai.

Menerusi segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Aman turut berkongsi pengalaman yang paling menakutkannya ketika mula menceburi bidang seni.

“Sebenarnya saya takut dengan orang sampai sekarang. Tapi bila saya dah belajar buat PR apa semua sekarang ni makin okay.

“Betul saya penakut, pemalu nak jumpa orang ramai. Nak jalan pandang orang pun tak berani tapi kalau atas stage saya okay.

“Dulu masa dekat Akademi Fantasia saya tak takut nak tersingkir. Nak kenal orang tu saya takut tapi bila dah kenal saya okay. Tapi saya paling takut nak menari sebab saya kayu dan tak suka orang pandang.

“Lama juga saya nak selesa. Saya pernah pergi toilet 24 jam untuk overcome rasa takut tu. Perform tu menggigil tapi itulah pengalaman yang saya enjoy,” katanya.

Penyanyi Atau Pelakon?

Menurut Aman, dia lebih gemar menjadi seorang penyanyi kerana dapat meluahkan segala yang terbuku menerusi karyanya.

“Saya pilih penyanyi sebab kita boleh luahkan dari segi macam-macam. Tapi menyanyi ni dia uji macam-macam sebab saya pemalu tapi orang keep on nak tahu siapa saya.

“Tapi kalau dua-dua saya okay je. Kalau dah rezeki sebab saya suka sibukkan diri saya,” jelasnya.

Fatin Nurain