Kembang Tekak! Netizen Persoal Masya Masyitah Makan Sotong & Udang Hidup-Hidup

Nama penyanyi Masya Masyitah sering menjadi bualan warganet sehingga terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.

Terbaharu, Masya sekali lagi menjadi bahan kecaman apabila perkongsiannya di Instagram mengundang pertikaian di kalangan warganet.

Menerusi perkongsian tersebut, Masya memuat naik momen-momen dia sedang mengunjungi dan memakan hidangan mentah di sebuah pasar malam di Bangkok, Thailand.

Dalam momen tersebut, Masya menunjukkan dia sedang menikmati sotong dan udang mentah yang dibelinya dengan penuh berselera. Lebih mengejutkan, reaksi pelantun lagu Halimunan itu seolah-olah gembira apabila dapat merasai makanan mentah itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut apabila melihat Masya yang memakan haiwan tersebut dengan hidup-hidup. Ada juga yang mempersoalkan tindakan Masya itu seolah-olah mengelirukan umat Islam.

Terdahulu, Masya juga sering terpalit dengan kontroversi yang mengaitkan penampilan fesyen tudungnya.

Khairil Khusyairi