[VIDEO] Memukau! Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Siti Nurhaliza Dapat Standing Ovation Lebih 60,000 Penonton

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memukau penonton apabila nyanyian duetnya bersama penyanyi dan komposer lagenda yang berasal dari India, AR Rahman viral di semua platform media sosial sejak Sabtu.

Menyanyikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa, ternyata vokal dan sebutan Siti mengejutkan penonton pada konsert AR Rahman – Secret Of Success – Live In Malaysia anjuran DMY Creation Sdn Bhd apabila lebih 60,000 peminat memberikan ‘standing ovation’ kepada penyanyi itu.

Bahkan, nama Siti juga menjadi sohor kini menerusi laman sosial Twitter.

Siti menerusi hantaran di laman Instagramnya menganggap, peluang yang diberikan adalah sebagai penghormatan buat dirinya dalam perjalanan karier muziknya sepanjang 27 tahun.

“Malam sejuta kenangan, sebagai penyanyi, saya ada impian dan angan-angan namun saya jadikan sebagai harapan. Malam ini, harapan saya ingin sepentas dengan idola dan legenda muzik dari India @arrahman telah tercapai. Ini merupakan satu penghormatan buat saya.

“Berdebar tetapi dalam masa yang sama teruja, gembira, terharu dan bahagia. Melangkah tahun ke-27 saya di dalam industri muzik, membuka tirai tahun 2023, saya mulakan lembaran portfolio karier seni saya dengan catatan peribadi untuk impian yang menjadi kenyataan.

“Terima kasih kepada seluruh penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil…yang telah memberikan saya semangat dari mula menyanyi hingga ke akhir lagu Munbe Vaa tadi.  Anda semua memang best,” tulisnya.

Manakala dalam hantaran yang berlainan pula, Siti turut berkongsi momen ketika dia menerima ‘lamaran’ dari pemuzik terkenal itu.

“Bangun pagi ni, terharu baca tulisan dan komen di media sosial berkaitan persembahan saya di konsert AR Rahman malam tadi.

“Alhamdulillah, tiada apa dapat saya lafazkan, bersyukur dan berterima kasih di atas peluang yang datang, saya berusaha semampu saya untuk memberiikan yang terbaik..bukan untuk diri saya sahaja tetapi buat peminat, penonton dan tentunya buat Malaysia.

“Sewaktu menerima emel dari seniman AR Rahman, saya tidak berfikir panjang, terus menerima undangan beliau kerana saya tahu, dalam setiap apa yang kita lakukan, dalam apa bidang sekalipun, kita ada wishlist yang kita ingin capai. Salah satunya saya telah capai malam tadi di konsert AR Rahman.

“Setiap ucapan, setiap komen, setiap semangat yang anda berikan, adalah untuk kita semua, muzik menyatukan kita dan kita dapat menyanyikan lagu keharmonian bersama-sama,” kongsinya.

Salma Syahbuddin