Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain December 20, 2022 @ 5:43pm

Kenang Arwah Suami Ketika Live, Syafiqa Melvin Buat Ramai Sebak

Gelagat adik-beradik The Melvins, kini mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat selepas mendengar perkongsian mereka tentang arwah suami Datin Seri Syafiqa Melvin, Datuk Seri Zainal Abidin Osman ketika membuat Live di TikTok.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Syafiqa, Syatilla dan Syida kelihatan sebak kerana terkenang akan peribadi Allahyarham Zainal yang meninggal dunia akibat kanser darah pada 2018 yang lalu.

Menurut Syatilla, kemajuan produk Kekasih yang diusahakan mereka adik-beradik berpunca daripada semangat yang dimiliki arwah serta peribadi yang baik sepanjang hayatnya.

“Kekasih ni memang lebih kepada kita ambil semangat dia sebab dia dulu banyak manjakan kami adik-beradik. Jadi, bila arwah dah tiada dan kita pun dah berjaya dengan Kekasih, kami macam nak tunjuk kepadanya kejayaan yang kami ada sekarang,” kata Syatilla.

Dalam pada itu, Syafiqa turut menyifatkan keakraban mereka sekeluarga seperti adik-beradik kandung, biarpun arwah merupakan suaminya.

“Kalau kita nak cakap pasal dia, even Kak Long ni (Syafiqa) kakak mereka yang sulung, tapi dia macam abang kandung kami dan mereka tak pernah rasa macam dia abang ipar mereka,” kata Syafiqa.

@ayu_rahayu842 Sebak dengar Tilla @SyatillaMelvin citer pasal arwah suami Kak Long 😭 #foryoupage #themelvins #fypシ #syifawi ♬ original sound – AyuBeautyskin@Health

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak mereka kerana terkesan dengan perkongsian tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Mar 2018

Kali Ini Yuna Pula Mengalami Gangguan Seksual

Selebriti tidak terlepas menjadi salah seorang dari mangsa gangguan seksual di laman sosial media dan telah berlarutan lebih dari 6 bulan .

Featured Fri, 22 Sep 2023
Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Featured Mon, 10 May 2021

PKP Di Seluruh Negara Hingga 7 Jun, Sektor Ekonomi Dibenarkan Beroperasi

Menerusi kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan. Perkara itu dimaklumkan selepas mempengerusikan Sidang Khas […]

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Uqasha Senrose Kongsi Rahsia Kulit Sihat Dengan Peminat

Saya seorang yang amat berhati-hati sebelum melibatkan diri dalam sesebuah produk kecantikan…

Events Thu, 7 Mar 2019
Featured Thu, 4 Mar 2021

Zoo Negara Bakal Dibuka Mulai Esok

Wah, dah boleh pergi zoo😍

error: Content is protected !!