‘Kenapa Malu Dik’- Aishah Dedah Muka Pemfitnah

Penyanyi Aishah mendedahkan wajah wanita yang didakwa memfitnah mengenai isu kontroversi berlian selepas memenangi sebuah pertandingan realiti dua tahun lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Aishah memberi amaran kepada wanita yang menggunakan nama akaun @azieramazlan yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berasas.

“ Wajah pemfitnah… Kenapa malu dik dgn apa yg you dah sebarkan tentang I,kalau betul apa yg you tulis, beranilah dan bercakap direct je dgn I.

“ Tapi apa yg you tulis tu semua bohong belaka.Cukup ke sekadar minta maaf direct sedangkan you dah jatuhkan maruah dan memperlekehkan I di khalayak ramai??? @azieramazlan_,” tulisnya.

Rabu lalu, pelantun lagu Janji Manismu ini telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.

Sementara itu, Vida telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada Sabtu lalu kepada Aishah pada satu sidang akhbar khas di kediamannya di Ipoh .

SGMS Faida