Hiburan By: SGMS Faida July 9, 2019 @ 10:00am

‘Kenapa Malu Dik’- Aishah Dedah Muka Pemfitnah

Penyanyi Aishah mendedahkan wajah wanita yang didakwa memfitnah mengenai isu kontroversi berlian selepas memenangi sebuah pertandingan realiti dua tahun lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Aishah memberi amaran kepada wanita yang menggunakan nama akaun @azieramazlan yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berasas.

“ Wajah pemfitnah… Kenapa malu dik dgn apa yg you dah sebarkan tentang I,kalau betul apa yg you tulis, beranilah dan bercakap direct je dgn I.

“ Tapi apa yg you tulis tu semua bohong belaka.Cukup ke sekadar minta maaf direct sedangkan you dah jatuhkan maruah dan memperlekehkan I di khalayak ramai??? @azieramazlan_,” tulisnya.

Rabu lalu, pelantun lagu Janji Manismu ini telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.

Sementara itu, Vida telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada Sabtu lalu kepada Aishah pada satu sidang akhbar khas di kediamannya di Ipoh .

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Ini Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2018 Kategori Bukan Drama & Teknikal

Tahniah kepada semua pemenang, jumpa pada 2 November nanti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Featured Wed, 4 Jan 2023

Petik Kata Pujangga, Ucapan Tahun Baru Hana Ismail Bakar Semangat Netizen Mulakan Hidup Baru

Tahun 2022 sudah melabuhkan tirainya, pengacara Hana Ismail menzahirkan ucapan tahun baru buat warganet agar sentiasa menjadi lebih baik dan positif. @hanaalmauzah_Episod 4 | BISMILLAH 2023 ⚡️♬ original sound – Hana ismail Menerusi hantaran di

LIFESTYLE Tue, 23 Apr 2019
Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Majlis Doa Selamat Buat Elyana Anjuran Kelab Peminat

Teman baik Elyana, Zuhairry Zainal memberitahu, ahli kelab sebulat suara ingin mengadakan majlis tersebut sejurus mendapat tahu Elyana sedang bertarung melawan penyakit itu sejak tujuh tahun lalu

Featured Wed, 27 Jul 2022

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Uishhh, sampai tak senang duduk Nora tonton Mat Kilau ya? Aik tapi apa pula yang tak puas hati tu?

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Fri, 8 Oct 2021
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Afgan Kecewa Dengan Kekasih?

Haa, jangan kecewa lagi sama Mbak Rossa ya Gan?

| Live TV