Hiburan By: SGMS Faida August 27, 2019 @ 10:46am

Tekad Kurus Sebab Gimik?

Selepas melancarkan program menurunkan berat badan #20dayschallenge semalam, pelakon Shaheizy Sam, menyangkal tanggapan konon usahanya itu adalah sebuah gimik.

Kata Sam ketika ditemui di majlis pelancaran Freaky Fitz semalam, pihaknya telah memilih 33 orang untuk dijadikan testimoni dalam projek khas itu.

“Kebiasaanya kalau produk lain, mereka guna testimoni sekeping gambar dan letakkan berat badan sebelum dan selepas.

“Kami mahu buat kelainan dengan memilih sekumpulan orang ramai secara rawak. Kami tanya mereka dahulu sama ada berminat untuk menyertai program ini.

“Seramai 33 orang sertai cabaran kurus dalam masa 20 hari ini tanpa perlu ke gimnasium,” katanya di sidang media yang berlangsung di Battle Arena Malaysia, Jaya Shopping Centre.

 

Sementara itu, pelakon yang bakal sibuk di set penggambaran filem Polis Evo 3 ini juga nafi usaha menurunkan berat badan selepas memiliki tubuh agak gempal, sebelum ini, sebagai gimik.

“Berat badan saya sekarang cecah sehingga 80 kilogram yang mana selama ini berat saya maksimum hanya setakat 70 kilogram sahaja.

“Ini inisiatif sendiri untuk kembali ‘sado’ bukan gimik semata tetapi soal kesihatan juga perlu dititik beratkan.

“Usaha menaikkan atau menurunkan berat bukan susah. Paling utama, kita kena ada semangat dan dedikasi untuk berbuat begitu. Jika betul caranya, ia menjadi proses yang mudah,” katanya yang pernah menguruskan badan untuk watak dalam filem, Pinjamkan Hati sebelum ini.

Kata Sam lagi, sepanjang usaha mengurangkan berat badannya juga, dia banyak belajar mengenai kaedah pemakanan sihat dan diet sesuai untuk bentuk tubuh diingini.

Wartawan: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 9 Oct 2023

Afifah Nasir Bawa Watak Jahat, Bergandingan Dengan Aiman Hakim Dalam Haloba

Saksikan drama bersiri Haloba di slot Samarinda TV3

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

“Saya Masih Belum Dapat…” – Azrel Ismail

Apa yang Azrel nak tapi belum dapat ni?

Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Sat, 11 Feb 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022

Dedah Tidak Miliki Akaun Media Sosial, Que Haidar Dipuji Pandai Didik Anak! Netizen Pula Terpukau Lihat Kecantikan Mereka

Masya-Allah cantik bethol anak-anak dara Que Haidar ni 😍 Macam princess min tengok!

#SkoolXTRA Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Layarlah Kembali Momen Filem Pulang Anda Bersama Dayang Nurfaizah

Bagi sesiapa sahaja yang telah menyaksikan filem Pulang pastinya anda bukan sahaja dapat menghayati setiap pengorbanan dalam cerita ini, malah turut terbuai dengan kelunakan suara Dayang Nurfaizah menerusi lagu Layarlah Kembali bukan?