Hiburan By: Maya Basir August 25, 2022 @ 6:12pm

“Kenapa Nak Sorok?” – Tunggu Waktu Sesuai, Mira Filzah Tiada Masalah Kongsi Wajah Anak

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkongsi wajah anak lelakinya, Wan Khair Amir.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, memilih untuk berkongsi wajah anak apabila tiba waktu yang sesuai nanti.

“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap nampak. Saya akan berkongsi wajah anak bila tiba masa yang sesuai nanti. Insya-Allah apabila ada gambar bayi kami yang sesuai, kami kongsikan.

“Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami. Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram.

“Buat masa ini, akaun Instagram anak saya masih belum aktif. Saya sendiri tak sangka akaun Instagram anak dah cecah lebih 50,000 pengikut. Saya sengaja buat terlebih dahulu sebelum ada orang lain menggunakan nama Wan Khair Amir,” ujarnya.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya, dia mengakui rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran selepas tiga bulan berehat kerana menjalani tempoh berpantang.

“Perasaan rindu untuk berlakon itu memang ada. Setiap kali tengok drama di TV, saya sering membayangkan alangkah seronoknya jika watak itu saya lakonkan. Dulu saya fikir selepas bersalin boleh terus aktif, tetapi lain pula jadinya sebab bila dah ada anak, segalanya berbeza.

“Saya belum boleh untuk kembali aktif seperti biasa. Saya tidak ada pembantu untuk menjaga anak. Sebelum ini pun ibu yang menolong menjaga anak kalau ada tugasan di luar negara.

“Disebabkan situasi ini, saya terpaksa tolak beberapa tawaran yang datang. Walaupun ada sedikit rasa terkilan, melihat muka anak, hati saya terubat. Saya percaya akan ada rezeki lain selepas ini,” katanya.

Mira ditemui pada sambutan ulang tahun ke-25 Secret Recipe dan majlis pelantikannya sebagai duta jenama itu Citta Mall, Ara Damansara pada Isnin.

Dalam pada itu, Mira bersyukur masih mendapat tawaran lain selain berlakon selepas dikatakan lama menyepi sepanjang proses berpantang.

“Selepas tamat tempoh berpantang, saya penuhi undangan untuk muncul dalam beberapa program hiburan sebagai penampilan istimewa.

“Selain itu, bergelar duta produk juga adalah salah satu cara saya untuk kekal relevan. Syukur saya diberi kepercayaan oleh Secret Recipe.

“Sebagai penggemar jenama ini, saya gembira apabila dapat menjalin kerjasama. Apabila orang nampak poster wajah saya terpampang di rangkaian restoran dan papan iklan, secara tidak langsung orang tahu saya masih aktif walaupun tidak berlakon,” katanya.

Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak sulungnya, Wan Khair Amir pada 10 Mei lepas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

Sophia Fredskild Masih Menanti Cinta

Siapa tahu saya juga bakal bertemu dengan seseorang istimewa tahun depan…

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Events Fri, 2 Dec 2022

Women Talk Musim 2 Bakal Dimeriahkan Lagi dengan Acara ‘Brunch With Women Talk’

Program bual bicara Women Talk sudah pun tiba di pertengahan program dan menceritakan mengenai isu semasa serta hal kehidupan golongan wanita di musim kedua. Bersiaran sebanyak 13 episod, program Women Talk dihoskan oleh dua wanita […]

Events Wed, 17 Jul 2019

张栋樑首代言护肤品牌!大胆直接点名素颜女艺人

张栋樑为首代言护肤品牌回马站台!发布会上大胆畅聊「忌讳话题」,直接点名素颜女艺人~

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Ayda Jebat Diberi Pujian Lakon Watak Bisu!

Siapa sangka, Ayda Jebat berjaya melakonkan watak sebagai Ilya iaitu perempuan bisu dan pekak dengan sangat baik!

Hiburan Mon, 5 Nov 2018
Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…