Hiburan By: Maya Basir August 11, 2023 @ 3:25pm

Komen Disalah Anggap, Nabila Huda Tak Ada Niat Persendakan Masya Masyitah – “Saya Berhak Nak Cakap Apa-Apa…”

Komen pelakon Nabila Huda yang ditinggalkan di sebuah portal hiburan mengenai penyanyi Masya Masyitah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Menurutnya komen tersebut dibuat kerana tertanya-tanya tentang gerangan penyanyi wanita yang baru-baru ini tidak lagi memakai tudung.

“Masya Masyitah ni siapa pulak?,” komennya disertai emoji ketawa.

Enggan disalah anggap, Nabila menjelaskan bahawa dia sejujurnya tidak mengenali Masya dan bukannya mahu memperlekehkannya seperti disangka orang ramai.

“Sumpah, saya memang tak tahu. Saya juga bukan jenis suka carut atau persendakan orang. Saya tak tengok media sosial langsung dan tak baca berita.

“Apa yang dilihat dalam Instagram, itulah hidup saya. Bila di rumah, dunia saya hanyalah kucing, masak, anak dan suami.

“Saya memang tak tahu perkembangan terkini yang berlaku. Jadi, bila saya ternampak berita Masya buka tudung, saya tertanya-tanya, siapa Masya Masyitah ini?

“Kenapa saya tak tahu pasal dia ni. Jadi, saya tulislah pertanyaan dalam ruangan komen berita berkenaan,” jelasnya yang ditemui semasa majlis Tayangan Gala filem Rahsia di GSC Midvalley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada masa sama, Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-28 ini menyatakan status selebriti tidak menghalang hak kebebasan untuk bersuara.

“Saya juga orang biasa dan berhak untuk komen atau cakap apa-apa sahaja. Tetapi, bukan cakap benda-benda buruk.

“Kadang-kadang bila saya komen sesuatu dalam mana-mana blog, ada ramai yang akan tolong jawab.

“Selalunya, saya terima antara 25 hingga 30 komen. Segala maklumat saya akan dapat dalam komen balas. Jadi, saya tak payahlah nak tanya rakan lain. Kita cuma baca sahaja di situ,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nabila Huda Benci Karakter Ramlah, Minta Buang Sebelum Masuk Rumah – “Dia Tak Selesa Dengan Saya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

“Macam Parameswara Bertemu Hang Li Po”- Faizal Ismail Kongsi Gambar ‘Sweet’

Moga diizinkan utk terus bersama.. tolong Ameenkan ye!

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Percintaan Selama 7 Tahun Musnah, Risteena Munim Curang?

Semoga hubungan kali ini berakhir ke jinjang pelamin!

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Baggio Pertaruhkan ‘Laduni Cinta’

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik, […]

Trending Wed, 22 Aug 2018

当新郎看见新娘披上白纱的瞬间!摄影师拍下感人的一刻

当男人对心爱的女人许下终生,看到她穿上白纱的那刻,会是惊喜?感动?还是开心的说不出话来?

Featured Mon, 18 Mar 2024

Kongsi Berita Gembira, Caprice Kini Bergelar Bapa

Tahniah Caprice & Isteri❤️❤️❤️

Hiburan Fri, 9 Aug 2019
Hiburan Sun, 7 Apr 2019