Hiburan By: Del14 January 14, 2020 @ 10:30pm

Baggio Pertaruhkan ‘Laduni Cinta’

Baggio atau nama sebenarnya Bahagia bin Daharun merupakan penyanyi utama kumpulan Damasutra yang begitu popular pada suatu ketika dahulu dengan lagu ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’.

Baggio yang sudah 30 tahun berada di dalam industri muzik, kini kembali dengan mempertaruhkan single terbaharunya berjudul “Laduni Cinta”.

Sebagai pembuka tirai kerjaya muziknya pada tahun 2020 ini, Baggio mendedahkan lagu ini sangat bermakna untuk dirinya kerana dia ingin mempersembahkan sesuatu yang baru kepada peminatnya sebagai tanda sokongan mereka sepanjang perjalanan kariernya. 

 Lagu bergenre pop rock ini ditulis oleh Joe Slash dan lirik oleh S. Amin Shahab, yang juga merupakan penulis lirik lagu hit kumpulan Damasutra, ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’. 

Menurut Baggio, pertama kali dia menerima lagu ini dari Joe, terdetik di hatinya untuk memanggil S. Amin Shahab kerana merindui pengisian kreatif penulis lirik tersohor itu yang padanya boleh menghasilkan karya yang ditunggu-tunggu peminatnya.

Joe, selaku komposer ‘Laduni Cinta’ berkata dia amat berbesar hati dapat mencipta lagu untuk seorang penyanyi yang berpengalaman seperti Baggio. 

“Pada saya, lagu ini menyerlahkan kematangan Baggio sebagai seorang penyanyi yang sangat berpengalaman. Mungkin genre pop rock ini nampak mudah untuk dibawa tetapi dengan kekuatan vokal yang ada pada Baggio, saya yakin lagu ini boleh meletup!

“Lebih-lebih lagi apabila S.Amin Shahab merupakan penulis lirik lagu ‘Laduni Cinta’ dan dia sememangnya seorang yang sangat berpengalaman,” kata Joe. 

S.Amin Shahab selaku penulis lirik berkata lirik yang dicipta bagi ‘Laduni Cinta’ merupakan kesinambungan dari lirik-lirik lagu yang pernah ditulis untuk Baggio seperti ‘Umpama Mimpi Dalam Mimpi’, ‘Seribu Bayangan’, dan ‘Asyik’ tetapi dengan lirik yang lebih mendalam dan perlu dijiwai supaya ia mampu menusuk kalbu para pendengar. 

Laduni Cinta mendapat sentuhan Adi dari kumpulan 6ixthsense dari segi susunan lagu dan mendapat khidmat Taja dari Kumpulan Meet Uncle Hussin selaku jurutera bunyi dan adunan muzik. 

Bukan itu sahaja, Laduni Cinta juga mendapat khidmat pemuzik undangan seperti Ujang Exists (dram), Robot (bass) dan Ritz Metalasia (gitar). 

Video muzik rasmi Laduni Cinta boleh ditonton melalui saluran YouTube di bawah sejak 9 Januari lalu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 16 Dec 2018

Makin Cantik, Lia Natalia Susut 30 Kilogram Sebab Nak Kahwin?

Pelakon berusia 26 tahun ini memang makin cantik, apa rahsianya ya?

#tilljannah Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Tue, 6 Feb 2024

Izzue Islam & Forteen Bersatu Kembali Dalam ‘Noktah Epilog Cinta’

Ini bukan berdua bersatu dah ni, ini berempat bersatu!

Hiburan Mon, 22 Jan 2018

FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Fri, 10 May 2024

“Mungkin Lepas Ni Saya Hidup Single”- Datuk Red Anggap Tiada Harapan, Reda Jika Bercerai Dengan Isteri Pertama

Allahu, kesian pula kat Datuk Red. Moga semua urusan Datuk dipermudahkan ya!

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Fri, 10 Feb 2023