Kerana Ikram, Fizo Omar Dibenci!

Gara-gara watak antagonis yang dilakonannya di dalam drama rantaian, Adellea Sofea, pelakon dan usahawan Fizo Omar dibenci ramai sehinggakan kehilangan lebih kurang 5,000 pengikut di Instagram! 

Perkara itu dikongsi oleh Fizo menerusi satu entri di mana dia memuat naik tangkapan skrin perbualan aplikasi Whatsappnya dengan pengarah Adellea Sofea, Shahrulezad Mohameddin.

“Penangan Ikram! Lebih 5000 unfollow aku dekat IG bro!! Hahaha..tuan director @budakijat gelakkan aku siot!

“Ni abang punya pasal lah..hahah..apa-apa pun terima kasih banyak-banyak @budakijat yang menjahatkan Ikram dan mengasah aku dekat set. Terima kasih banyak bang,” tulisnya. 

Nampaknya Fizo berjaya merealisasikan watak jahat Ikram sehinggakan ada netizen yang menyamakan Ikram dengan diri Fizo yang sebenar sampaikan mereka mengaitkan perangai jahat itu sebagai punca penceraian Fizo. Macam-macam!

“Yang dah unfollow tu jangan emo sangat yea, nanti dah habis #adelleasofea ni korang follow aku balik yea..hahahhaha. 

“Lagi 2 hari je pastu aku taubat dah! Dan aku sanggup berubah kalau dapat Sofea!” tulis Fizo lagi. 

Drama rantaian Adellea Sofea dibintangi oleh Fizo Omar, Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Jasmine Suraya Chin, Bella Dally, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. 

Drama ini ditayangkan melalui slot Akasia TV3 sebanyak 28 episod sejak 6 Disember lalu setiap Isnin hingga Jumaat, jam  7 malam. 

Kredit Foto: Instagram @fizoomar
 

Del14