Kerap Ditanya Isu Putus Tunang, Sufian Tak Selesa

Penyanyi Sufian Suhaimi tidak menafikan dia sudah mula rasa tak selesa apabila kerap ditanyakan soalan berhubung pertunangan yang putus di tengah jalan.

Menafikan menggunakan isu ini untuk mempromosikan single terbaharunya, Di Matamu, Sufian menganggap insiden ini sebagai ‘teguran’ di atas kesilapan terdahulu.

“ Saya anggap ia teguran Tuhan kepada saya. Ia mungkin perancangan dan takdir Tuhan untuk menduga kesabaran saya atau menemukan jodoh yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya yang enggan memanjangkan isu ini lagi.

Kata Sufian yang ditemui pada majlis sidang akbar segmen baharu stesen radio Era di Red Box, The Gardens, dia tidak berniat meraih publisiti dan memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung dengan tindakannya sebelum ini.

” Secara peribadi, saya memohon maaf kepada semua pihak dari segi secara langsung atau tidak, sekiranya ada perbuatan yang menyinggung hati.

“Pada masa akan datang, saya berharap agar tiada lagi mana-mana pihak yang bertanyakan tentang hal ini lagi,” akhirinya.

Sufian Suhaimi dan Elfira Loy mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober, 2017 namun putus pada Februari lalu dan disahkan sendiri oleh ibu Elfira, Filzah Yusoff sendiri.

 

SGMS Faida