Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

Epal Merah VS Hijau, Mana Lebih Baik?

Badan langsing sihat dan menarik. Apa rahsianya? Ketepikan ubat kurus yang mungkin mendatangkan kesan sampingan. Suka Epal? Jika ya, korang beruntung kepada Epal memiliki banyak manfaat untuk kulit dan tubuh. Bukan hanya membuatkan kamu kenyang, Epal juga mengandungi kalori yang rendah!

Epal adalah buah paling popular dan penuh dengan nutrisi yang baik. Kaya dengan serat, antioksida dan Vitamin C, epal antara buah terbaik untuk diet.

Menurut laporan kesihatan daripada Amerika Syarikat, satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram kabohidrat manakala epal merah, 15 gram kabohidrat. Tidak banyak beza dan pakar diet mengesyorkan untuk kamu mengambil 45% kalori daripada kabohidrat.

Sumber Gambar: DiariKurus.com

Epal Hijau & Merah, mana lebih baik?

Makan buah Epal Hijau atau minum jusnya setiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Ia mampu membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus.

Bagi anda yang sedang berdepan dengan penyakit diabetis, jumlah kandungan gula, epal hijau lebih baik!

Epal merah mengandungi kandungan gula (yang asli dan selamat, tidak seperti gula untuk minuman) yang lebih manis dan tidak masam. Bagaimanapun, kandungan gula dan epal tidak mengandungi kalori seperti gula yang diproses.

Epal hijau terbukti megandungi lebih banyak nutrisi terutamanya di bahagian kulit. Tidak kisah merah atau hijau, kamu disarankan untuk tidak memarut kulitnya sebelum makan. Kedua-duanya berkhasiat apatah lagi jika kamu memilih yang organik.

Apa yang penting, kamu tidak digalakkan makan epal melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat. Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan epal setiap hari tanpa mengambil makanan lain. Cukup hanya satu-dua biji sehari!

 

SGMS Faida