Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 6, 2023 @ 12:29pm

Kerap Fikir Soal Mati, Nora Danish Diserang Anxiety – “Mungkin Disebabkan Faktor Usia…”

Pelakon Nora Danish mendedahkan dirinya mempunyai masalah gangguan kebimbangan atau anxiety attack yang dipercayai kesan daripada pandemik COVID-19 dan faktor usia.

Menurut Nora, dia lebih kerap memikir soal kematian namun masih boleh mengawal keresahan tersebut dengan baik.

Biarpun berdepan serangan gangguan kebimbangan (anxiety attack), aktres Nora Danish, 40, masih boleh mengawal keresahan dihadapinya.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif berkata, masalah gangguan kebimbangan dihadapi mungkin kesan daripada pandemik COVID-19 dan pada masa sama, usia kini menjangkau 40 tahun.

“Saya baru menghadapi serangan gangguan kebimbangan, baru-baru ini. Mungkin juga disebabkan faktor usia, saya lebih memikirkan soal kematian.

“Hinggakan menaiki kapal terbang, saya terfikir mengenai kematian. Bayangkan, saya jadi takut dan fikir akan mati apabila serangan gangguan ini.

“Perasaan resah hingga tahap saya menghubungi emak untuk menjaga anak-anak dan keluarga, selain buat wasiat mengenai harta yang ditinggalkan,” katanya.

Memetik laporan BH Online, pelakon yang terkenal menerusi drama Puteri itu cuba mengatasi masalah tersebut dengan membaca bahan bacaan positif.

“Saya tidaklah menjalani rawatan spesifik, tetapi saya lebih banyak membaca mengenai motivasi dan bagaimana menangani masalah gangguan kebimbangan.

“Saya, seorang yang sangat emosional dan sensitif. Dua sifat ini boleh membuatkan saya banyak berfikir.

“Sebenarnya ‘overthinking’ ini membawa kepada keburukan, tetapi saya sifatkan ia sebagai ‘superpower’.

“Saya berharap sifat banyak berfikir ini tidak menyakiti orang lain. Contohnya, suami balik lewat malam dan mula fikir apa yang dilakukan. Perkara ini boleh menyakiti hati suami dan meruntuhkan rumah tangga.

“Jadi, saya cuba fikir positif dan menelefon suami bertanya mahu makan apa dan sebagainya. Tindakan ini membolehkan saya lebih menghargai orang sekeliling. Kena pandai tukar sudut pandang kepada perkara positif,” katanya.

Bagaimana pun, Nora menafikan anxiety attack yang dialaminya itu bukanlah daripada komen netizen di media sosial.

“Tekanan dihadapi bukan dari komen diterima. Saya percaya manusia dalam dunia tidak semuanya sukakan saya.

“Saya ambil sebagai cabaran untuk memperbaiki diri. Namun, sesetengah orang tidak boleh terima dan merasakan ia sebagai fitnah sehingga menimbulkan tekanan,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Syarat Utama Saya Adalah…” – Jamal Abdillah Sudi Berduet Dengan Aliff Syukri

Macam mana agaknya bunyi kalau berduet dengan Raja Pop Malaysia ni kan?

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Featured Wed, 18 Jan 2023

“Dia Bawa Pergi Masjid Shah Alam Untuk Solat Berjemaah” – Julia Farhana Dedah Tempat Pertama Dating

Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan suaminya, Dr Che Hafiz adalah lelaki yang sering membimbing dan memberi pendedahan berkaitan hal agama. Menurut Julia, kali pertama mereka berjumpa, suaminya membawa mereka ke masjid. “First time dating tu […]

Hiburan Wed, 2 May 2018

JYP Accused of Being Cult Member, Denies Allegations and Plans to Sue

Since the reports were released, JYP Entertainment’s stocks plummeted too!

Hiburan Tue, 31 May 2022
error: Content is protected !!