Featured By: Fatin Nurain November 29, 2022 @ 1:48pm

Kerap Ulas Isu Politik, Azhar Sulaiman Anggap Semua Ada Hak Bersuara

Kerap mengulas isu politik di media sosial kebelakangan ini, pelakon Azhar Sulaiman tampil menganggap setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka demi kebaikan negara.

Namun, ada segelintir pihak yang meluahkan rasa kurang senang mereka apabila pelakon itu lantang menyuarakan pendapatnya kerana luar dari bidang kuasanya.

“Sebagai seorang pemain media sosial, saya komen banyak perkara dari benda yang kecil hinggalah kepada isu besar. Jadi saya rasa sesiapa sahaja berhak untuk menyuarakan.

“Ada orang kata saya tak berhak untuk ulas apa-apa berkaitan politik kerana saya seorang artis. Tapi sebenarnya semua orang ada hak itu sebab kita semua menerima impak dari apa yang berlaku tu. Jadi semua orang ada hak untuk kemukakan pendapat mereka,” katanya.

Menurut Azhar, setiap individu perlu berfikiran terbuka dan rasional dalam menerima sebarang pendapat yang mampu memberikan kebaikan walaupun di luar bidang kerjayanya.

“Dalam memberi nasihat kepada seseorang itu, tidak semestinya mereka perlu menjadi seorang ustaz dan sebagainya. Kalau orang itu menyampaikan sesuatu yang bagus, kita ambillah.

“Kita kena jadi lebih praktikal dan rational bila hidup dalam zaman moden kini yang macam-macam informasi akan dilemparkan dan kita kena bijak untuk menapisnya.

“Umur saya dah 50 lebih. Jadi, bila diusia begini isu apa lagi yang saya perlu ulaskan selain dari isu semasa. Saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan negara kita dari segi kepimpinan, orang yang umur macam saya ni dah melalui pelbagai zaman dan tengok pertukaran pelbagai kerajaan dan pemimpin,” jelasnya.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Azhar ketika ditemu bual di majlis sidang media Viu Upfront 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Dalam pada itu, Azhar juga sempat meluahkan rasa leganya apabila melihat penyatuan antara parti DAP dan Umno bersatu demi mengekalkan keamanan negara Malaysia.

“Finally, kita dah sampai ke satu era yang saya rasa kerjasama antara DAP dan UMNO adalah suatu perkembang yang terbaik setakat ini sejak negara ditubuhkan pada 1957.

“Dengan kerjasama ini, saya sangat gembira dan bersyukur kerana dah tiada lagi dah bercakap pasal isu perkauman. Sekarang ni semua tentang negara Malaysia, kalau orang tu salah kita sebut nama orang tu, bukan bangsanya,” katanya.

Biarpun ada yang kurang bersetuju dengan pendapatnya, pelakon itu turut menggesa agar seluruh rakyat Malaysia bersatu hati dalam mengekalkan keharmonian negara.

Malah, Azhar juga turut berkesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula menyandang jawatan tersebut secara rasmi, pada Khamis lalu.

“Ramai yang tak bersetuju dengan pendapat saya. Malaysian, we should be together, enough fighting about racial issue. Family saya ada pelbagai bangsa, jadi saya rasa perkara itu tidak elok jika kita panjangkan lagi isu ini.

“Alhamdulillah, kita dah hentikannya. Saya harap Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri yang baik kepada seluruh rakyat Malaysia dan lebih adil kepada kita semua,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jan 2018

你的年薪多少?澳洲「举牌工」年薪约40万令吉

还记得吗?小时候我们上学的时候,总是会有一位高举“Stop”的男人或女人,让学生安全过马路。而在澳洲悉尼的30岁多塞特(Amy Dowsett)就从事其工作,每天在马路上举牌,一年的年薪竟可高达13万澳元(约40万令吉)。

Trending Tue, 23 Feb 2021
Drama Tue, 16 May 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022

Individu Suruh Pergi Pejabat Kadi, Zarina Anjoulie Beri Hint Dah Kahwin?

Wah betul ke ni? Moga yang baik-baik untuk Anju

#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

四叶草出道4年首场演唱会 负伤上阵显敬业

凭着开朗清新的形象,加上甜美声线的“大马国民女神”Joyce四叶草(朱主爱)出道4年,上周在澳门完成了个人首场演唱会;早前因拍戏扭伤脚的四叶草,敬业的她在看过医生后仍落力演出,演唱不同曲风歌曲,让粉丝见证了她的成长。

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

M! Countdown Charts Will Be Changing Their Voting Concept

The new system will change how idols win the weekly show.