Hiburan By: Khairil Khusyairi November 8, 2022 @ 3:40pm

Kes Mahkamah: Muat Naik Komunikasi Bersifat Sumbang, Vida Mengaku Tidak Bersalah

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang dalam satu video muzik beberapa bulan lalu.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan menggunakan aplikasi akaun YouTube ‘DSV Entertaiment’ telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 29 April lalu.

Hantaran tersebut kemudian dilihat pukul 11.06 pagi pada 5 Mei lalu di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fazril Sani Mohamed Fadzil, mencadangkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Vida, Datuk Adnan Seman memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 dengan alasan ia kesalahan pertama OKS.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Ahmad Fuad kemudian mengarahkan Vida membayar jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan 7 Disember ini sebagai tarikh sebutan untuk serahan dokumen.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

Trending Sat, 18 Jul 2020
Featured Mon, 14 Feb 2022

Bazar Ramadan Dibenarkan Beroperasi Tahun Ini – PM

Yeay! Boleh pegi bazar Ramadan nanti

Trending Tue, 28 Jan 2020
Trending Tue, 18 Dec 2018

5 Perkara Menarik Tentang Miss Universe Terbaru, Catriona Gray

Saksikan juga sedutan di mana dia ditanya soalan yang mencabar!

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Justin Bieber Kahwin Lagi?

Pasangan ini telah menjemput seluruh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat untuk menjadi saksi majlis penyatuan dua sejoli ini.

Featured Wed, 30 Mar 2022

Viral Isu Peniaga Tepi Jalan Sorok Jeruk Dalam Longkang, Timbul Pelbagai Reaksi Netizen

Hmm, sedapnya Jeruk Mangga 😭 Siapa selalu beli jeruk tepi jalan tu korang makan ok tak?

Trending Fri, 3 Apr 2020
Hiburan Fri, 18 Jan 2019

Kecoh Pasal Muzik Video Pujaan Hati Nyanyian Adira!

Adakah ini publisiti murahan atau mengikut skrip ?