“Kesempurnaan Tak Dapat Dicari, Menyempurnakan Itu Yang Terbaik” – Shuk Sahar

Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar (33) membuat ucapan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah melalui sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Melalui perkongsian itu, Shuk menyedari yang dia masih belum menjadi suami yang sempurna tetapi dia berharap isterinya tahu yang dia selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik buatnya. 

“Empat tahun tak lama mana pun kalau nak ikut tapi bagi yang hadap dan lalui alam perkahwinan mesti cukup faham masa tu lah dan tak malu nak kentut depan-depan, tidur berdengkur, kurap tang mana semua dah boleh tahu. 

“Dengan kekurang itu you masih ada bersama I hari ini @rossa.sera. Terima kasih sayang..

“Maaf dah lebih 18 kali rasanya buat you terasa. I masih lagi belum berjaya jadi suami yang terbaik tapi percaya I tak pernah berhenti mencuba ok,” tulis Shuk sebagai kapsyen. 

 

Di dalam entri tersebut, pengacara Mentor Milenia 2019 itu memuatnaik fotonya bersama isteri dan anak sulung mereka, Nur Qurratu Ain yang kini berusia 3 tahun semasa bercuti bersama-sama. 

Pasangan yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat hari ini mempunyai seorang lagi cahaya mata  yang dilahirkan pada 13 Julai lalu. 

 

Del14