Featured By: Aqilah Paharuzi July 27, 2022 @ 8:23pm

“Kesian Dia… Kalau Perlukan Khidmat Peguam Bagi Tau” – Puteri Sarah Kongsi Detik Pertama Bertemu Rossa Sera

Konflik rumah tangga terhadap dua wanita sensasi, Puteri Sarah Liyana dan Rossa Sera tidak asing lagi sering meraih perhatian ramai yang bersimpati dengan ujian yang menimpa mereka.

Malah, ramai dalam kalangan netizen yang menggelarkan mereka sebagai dua wanita kuat dalam menempuh kehidupan berumah tangga yang diuji dengan kehadiran pihak ketiga.

Puteri Sarah menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya meluahkan perasaan apabila pertama kali bertemu dengan isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Artikel  Berkaitan: [VIDEO] Filem Mat Kilau Raih RM90 Juta, Ini Ucapan Puteri Sarah Pada Suami – “Tahniah Mohd Syamsul, Saya Tahu…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ini Reaksi Padu Puteri Sarah Liyana Bila Ira Kaza Didakwa Masuk Live Instagram… Memang Win!

Menurut Puteri Sarah, dia memahami segala keperitan yang dilalui Sera meskipun baru pertama kali mereka bersua muka.

“Pertama kali berjumpa @rossa.sera. Selama ni saya cuma baca dari media sosial sahaja. Bila berpeluang jumpa secara empat mata, saya nampak betapa rapuhnya dia dan dalam keresahan.

“Kesian dia.. Kita sendiri tahu bila hati kita hancur, perasaannya sama seperti sesat di dalam hutan. Tiada arah yang ingin dituju. Saya sangat memahaminya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, isteri kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof ini turut memberi kata-kata semangat kepada Sera untuk terus tabah dan bangkit menghadapi segala rintangan hidupnya meskipun sukar.

“Hidup ini akan sedaya upaya cuba menjatuhkan kita. Tiada sesiapapun yang melindungi kita daripada realiti.

“Kadang kala hati yang berkecai ini akan sedarkan kita untuk bangkit agar kita dapat melihat betapa berharganya hidup ini dari kehidupan sebelumnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut sempat menawarkan khidmat peguam kepada Sera seandainya dia memerlukan untuk mengendalikan kes rumah tangga yang bersama Shuk.

“Saya percaya jika hidup memberi awak keadaan yang pahit, ia perlu dibalas dengan kepahitan juga kepada orang lain.

“@rossa.sera kalau nak pakai lawyer saya bagi tau,” ujarnya berseloroh.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen-komen netizen yang memuji persahabatan yang terjalin antara mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ini Bukan ‘Revenge Body’” – Rossa Sera Nafi ‘Makan Hati’ Punca Susut 11 Kg

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Masih Sayang & Cinta Dia, Tapi…” – Rossa Sera Belum Sedia Beri Peluang Kedua

Artikel  Berkaitan: [VIDEO] “Jaga Diri Shuk, Kita Sama-Sama Move On” – Titip Pesanan Terakhir, Rossa Sera Mohon Shuk Tabah & Kerja Kuat Demi Anak-Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Mar 2020
Trending Thu, 21 Jun 2018

Restaurant Goes Bankrupt After Running All-You-Can-Eat Promo

The customers really tried to eat all they could.

Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.

Featured Wed, 21 Feb 2024
Trending Sun, 17 Apr 2022

Gaji Minimum Perlu Diperhalusi Lagi

Datuk Willie mahu kerajaan perhalusi gaji minimum

Hiburan Wed, 25 May 2022
Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡