Trending By: Syamir Shafie January 9, 2024 @ 10:02am

Tentera Isr*l Makin Kejam, Sanggup Curi Mayat Pejuang Hamas… Siap Langgar Mayat Guna Jentolak & Musnahkan Kubur

Baru-baru ini, tentera Zionis didakwa bertindak kejam apabila telah memusnahkan kubur serta mencuri mayat-mayat pejuang Hamas untuk kepentingan peribadi.

Justeru, penduduk Palestin terpaksa mengebumikan semula jenazah yang digali dari tanah perkuburan di kota Gaza itu.

Menurut laporan Sinar Harian, rakaman daripada tanah perkuburan di kejiranan Al-Tuffah menunjukkan mayat dikafankan dalam beg dan diletakkan atas timbunan tanah.

Tambahan pula, terdapat timbunan mayat lain dalam keadaan selerak atas kubur ketika puluhan lelaki berpakaian pelitup muka memegang penyodok dan mengebumikan kembali mangsa-mangsa yang terkorban.

Untuk rekod, 1,100 kubur telah diceroboh dan dimusnahkan serta mencuri 150 mayat penduduk yang baru dikuburkan.

Walau bagaimanapun, tentera Israel tidak mengaku melakukan perbuatan tidka berhati perut itu.

Terkejut melihat keadaan kubur yang berlubang dan dalam keadaan tidak terkawal, seorang penduduk Gaza, Aliwa berasa kesal dengan tindakan tentera Israel itu.

“Kami terkejut melihat mayat digali semula pada pagi Sabtu.

“Kami sedang mengambil mayat yang berselerak atas tanah. Sebilangan mayat telah dikenal pasti,” katanya.

Dedah Aliwa, mayat-mayat itu dilanggar menggunakan jentolak.

Bahkan, jejak roda jentolak juga jelas kelihatan di tanah perkuburan tersebut.

Untuk rekod, konflik Hamas-Israel yang bermula pada 7 Oktober lalu telah meragut nyawa 22,722 orang penduduk Palestin yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sumber : Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Nov 2017

We Care Journey Beramal Sambil Membeli-Belah

We Care Journey membantu kanak-kanak menghidap penyakit ‘Spinal Muscular Atrophy’ (SMA) pada anda yang membeli-belah bolehlah beramal sekali

Trending Wed, 7 Nov 2018

Safiq Rahim Minta Netizen Henti Spekulasi Pengundurannya

Jika ada rezeki saya akan kembali kerana JDT sentiasa membuka pintu kepada saya dan pemain yang lain untuk kembali.

Trending Mon, 4 Jan 2021
Hiburan Sat, 9 Apr 2022
Trending Thu, 11 Jul 2019

Undang-Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape & Rokok Elektronik

Bakal bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari kaedah terbaik mengawal penggunaan vape, sisha dan juga rokok.

Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend Swipe, Elyana Dikecam!

Fuhh, rancaknya Elyana 🥵

Trending Fri, 1 May 2020

Jangan Gembira Dulu, Ini Senarai Aktiviti Yang Masih Dilarang Ketika Ini

Perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa