Kesihatan Mental Hafidz Roshdi Didakwa Terganggu, Bekas Isteri Mohon Tanya Empunya Badan – “No Comment, Bukan Saya Yang Expose”

Didakwa mengalami masalah mental dan dilabel psiko oleh peminat, bekas isteri kepada pelakon, Hafidz RoshdiNurul Shuhada Mat Shukri enggan mengulas lanjut mengenai tuduhan terbabit.

Menurut Shuhada, dia tidak pasti sama ada perkara tersebut benar atau tidak memandangkan isu itu hanya dimaklumkan oleh wanita yang dikaitkan dengan Hafidz  iaitu Athira Yuhada menerusi kenyataannya sebelum ini.

“Pasal isu kesihatan ni bukan saya yang expose kan, jadi saya tak pasti.

“Macam mana dia boleh bercakap dengan pihak sana, saya no comment pasal benda tu. Saya tak ada buat apa-apa statement mengenai hal itu,” kata Shuhada menerusi temu bual di Melodi TV3.

Dalam pada itu, tindakan Hafidz didakwa ‘tidak malu’ meninggalkan komen di ruangan Instagram bekas isterinya itu juga seolah-olah mengiyakan tuduhan tersebut.

Sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama Tundukkan Playboy Itu sering bersiaran langsung di aplikasi TikTok selepas kontroversi ini tercetus dan Hafidz sering memuat naik hantaran foto di Instagram miliknya seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi.

 

 

Salma Syahbuddin