“Ketat Sangat Tu Sis” – Netizen Tegur Penampilan Hawa Rizwana

Personaliti TV, Hawa Rizwana akhir-akhir ini sering menjadi tumpuan warganet apabila diumum sebagai hos baharu bagi sebuah program.

Terbaharu, Hawa atau nama lengkapnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, mengundang kecaman netizen apabila menggayakan pakaian yang agak seksi di sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hawa memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya sedang mengendalikan acara tersebut sebagai pengacara.

Dalam perkongsian itu, Hawa mengenakan t-shirt berwarna gelap yang dipadankan dengan sut berserta seluar leather skinny.

“At work,” tulis Hawa di ruangan komen.

Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan penampilan bekas penyampai berita itu.

Ramai meluahkan rasa kecewa apabila seluar yang dipakai Hawa dilihat terlalu ketat dan menganggap ia tidak sesuai bagi imej seorang yang berhijab.

Malah, segelintir warganet juga turut berpesan agar Hawa tidak terlalu bebas dalam berfesyen biarpun kini menjadi seorang pengacara hiburan.

Sebelum ini, penampilan Hawa juga pernah dkiritik warganet apabila mengenakan pakaian riadah yang terlalu ketat.

Khairil Khusyairi