Khairul Aming Terkejut 13,000 Botol Sambal Nyet Sold Out Dalam 2 Minit!

Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming tampil berkongsi rasa bersyukur selepas 13, 000 botol Sambal Nyet yang dijualnya habis terjual dalam masa yang singkat.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Khairul menerusi sebuah perkongsian di Instagram, semalam.

Menurut Khairul,sepanjang tiga tahun berniaga, ini merupakan pertama kali sambalnya ‘sold out’ dalam masa dua minit selepas ditambah stok.

Dalam perkongsian tersebut, pempengaruh itu turut terkejut dan menunjukkan setiap pesanan yang masuk tanpa henti di telefon bimbitnya.

“Korang tengok ni, jap fon saya dah jam dah. Tengah hari tadi kita restock 13,000 botol Sambal Nyet and sold out dalam masa 2 minit. Ni paling laju sold out sepanjang 3 tahun berniaga. Thank you guyss,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Malah, ada yang menganggap ini merupakan sebahagian rezeki buatnya yang menjaga kebajikan pekerja dengan baik.

Fatin Nurain