Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2024 @ 3:58pm

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

Perkongsian pelakon dan pengacara Datin Lisa Surihani mengenai tindakannya khatam al-Quran lebih daripada lima kali mencuri perhatian dalam kalangan warganet.

Katanya menerusi temu bual bersama portal hiburan popular, kebiasaannya dia melakukan tadarus al-Quran hampir setiap hari, namun pada tahun ini dia sedikit sibuk kerana terlibat dengan beberapa komitmen kerja.

“Sejujurnya tak pasti. Saya rasa dah more than five. Saya buat tahun ni kebiasaannya saya buat tadarus setiap hari. Tapi tahun ni juga saya akan sibuk di lokasi untuk shooting so saya takut tak boleh commit everyday,” katanya.

Dalam pada itu, Lisa juga memaklumkan, kali ini matlamatnya adalah untuk fokus dengan bacaan al-Quran disamping memahami setiap makna serta membuat kajian mengenai surah yang dibaca.

“Saya punya aim kalini nak berubah kepada mungkin bukan target kepada the kuantiti part walaupun itu perkara yang paling baik Masha-Allah. Sebab ramadan adalah bulan dimana al-Quran diturunkan. So this one saya ingatkan nak baca each maknanya dan baca tafsir dia dan buku tadabburnya.

“Slow and steady in a way lah..so mungkin dalam satu bulan tu tak adalah habis dalam satu mushaf. Mungkin dalam 2 page macam tu tapi instead baca saya akan pause dan akan baca translation dia.

“So far saya nak break the rutin a bit. sebab before this untuk rutin dia adalah khatam Al-Quran kan…so kalini macam i’am gonna change the plan selain dari baca terjemahan dia saya akan buat some notes on it,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

 

Walaupun menerima pelbagai respons positif dalam kalangan warganet, namun ada juga segelintir individu yang menyifatkan kenyataannya itu sebagai riak.

“Baca merangkak pun boleh khatam lima kali? Dahsyat.

“Riaknya,” komen netizen.

Terdahulu, Lisa menerusi hantaran di Instagram miliknya ada memaklumkan,  dia sentiasa berusaha memperbaiki ‘hubungan’ dengan al-Quran menerusi kelas mengaji secara peribadi dan sebagainya.

“Sementara itu, dengan rendah diri ini, saya pasang niat supaya hubungan saya dengan al-Quran diperbaiki lagi dan lagi. Dengan izin ALLAH, saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah kawasan perumahan, mengaji atas talian, sertai kelas tajwid dan kelas tadabbur.

“SubhanAllah, sukar memang sukar, dengan pelat R lagi. Syukur Alhamdulillah, saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed (@lisasurihani)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Jun 2022
Featured Thu, 13 Apr 2023
Featured Mon, 29 Nov 2021

Ebit Lew Bantu Pemuda Kudung Tinggal Di Tepi Jalan

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang pemuda kudung yang terpaksa tinggal di tepi jalan selepas mengalami kecederaan semasa bekerja dahulu. View this post on Instagram A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) Menerusi […]

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Thu, 21 Mar 2019

’Saya Bukan Imam Yang Baik’- Rashidi Ishak Umum Bercerai

‘Saya bukanlah seorang imam yang baik,” kata pelakon Rashidi Ishak memaklumkan memaklumkan dia dan isteri, pelakon Vanidah Imran sudah bercerai sejak 9 Ogos 2018. Pengakuan beliau akhirnya menjawab teka teki yang menjadi persoalan orang ramai […]

FESYEN Wed, 20 Feb 2019

Fashion Industry Bids Farewell to the Late Legendary Karl Lagerfeld

May the 21st Century fashion icon rest in peace.

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Super Junior’s Donghae and Eunhyuk is Going Around Russia Asking for Food

They’re knocking from door to door at a neighbourhood in Russia.

Hiburan Sat, 21 Sep 2019