Kim Kardashian Kena Cabul? Apa Cerita?

Siapa yang tidak kenal dengan bintang realiti terkenal, Kim Kardashian. Public figure bertaraf Hollywood ini  sememangnya terkenal dengan kemewahan harta  yang agak ‘luar biasa’. Kehidupan kakak kepada Kylie Jenner ini sering menjadi sorotan media dan menjadi obsesi sesetengah peminatnya. 

Apabila melihat sosok tubuh Kim Kardashian, sis yakin semua orang pasti  tidak akan terlepas daripada bercakap tentang bentuk  badan “sihat” dan menawan yang dimilikinya.

Sumber: www.instyle.com.my

Baru-baru ini  menerusi True Hollywood Story, Kim Kardashian telah mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa cabul oleh  seorang paparazzi! Scary betul!

Paparazzi atau lebih dikenali sebagai ‘jurukamera bebas’   merupakan seseorang yang gemar menghendap orang-orang terkenal untuk mengambil gambar-gambar mereka secara rahsia.

Sumber: www.standard.co.uk

 

Menerusi sebuah rancangan yang disiarkan di E! wanita yang berusia 38 tahun ini memberitahu ada beberapa orang paparazzi yang sanggup berbaring di atas lantai untuk mendapatkan foto-fotonya semasa dia keluar daripada kereta. Apa yang lebih mengejutkan, ada di antara mereka yang berani melakukan upskirting

Isteri kepada rapper terkenal Hollywood, Kanye West ini juga  menyatakan dia dan rakan baiknya Paris Hilton sempat memberi warning kepada paparazzi tersebut agar tidak mengedarkan foto mereka kepada umum.

Bagaimanapun, isu ini telah memberi pengajaran buat Kim supaya sentiasa berhati-hati dalam setiap pergerakannya selepas ini. 

Kini, Kim dilaporkan masih lagi meneruskan penggambaran rancangan Keeping Up With The Kardashians (KUWTK) bersama ahli keluarganya yang lain dan sedang  sibuk menguruskan perniagaan kosmetik KKW Beauty miliknya.

Syafiqa Irdina