Timang Anak Di Usia 60 Tahun, Power Lah Datuk Jamal Abdillah!

Tahniah buat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Jamal Abdillah kerana baru sahaja menimang cahaya mata pada malam tadi. 

Berita baik ini telah  disampaikan sendiri oleh Datuk Jamal  menerusi  sebuah akhbar. Penyanyi lagenda berusia 60 tahun ini  juga turut  menzahirkan rasa kesyukuran di atas kelahiran  puteri sulungnya. 

Perkahwinan Datuk Jamal bersama Datin Zai Izzati Khiruddin, 25  merupakan perkahwinannya yang keempat. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada April 2017.

 

 

Penyanyi yang muncul menerusi single baharu yang bertajuk  Belenggu Rindu bersama Wany Hasrita  ini berkata  pada ketika ini, isterinya masih ditahan di wad buat sementara waktu sebelum dibenarkan pulang. 

“Isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan dan akan dibenarkan pulang selepas keadaannya betul-betul pulih dan kembali sihat,” ujar Datuk Jamal.

Bayi yang dilahirkan seberat 2.7 kg  dan diberi nama Nur Azura Yamani ini  selamat dilahirkan pada jam 5.35 petang, Khamis semalam. 

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai  dua anak lelaki yang bernama Osama Yamani, 18 dan Ahmad Zaki Yamani, 13. 

Tahniah buat Datuk Jamal sekeluarga! 

 

Syafiqa Irdina