Categories: HiburanSelebriti

‘Kita Susah Senang Sama-Sama’- Tunku Hanis Doa Fathia Latiff Kuat Hadapi Ujian

Dikala ramai netizen yang mengecam setiap tindak-tanduk pelakon Fathia Latiff, lain pula pendekatan pelakon Tunku Hanis.

Pelakon berusia 28 tahun yang merupakan sahabat kepada pelakon Ariana Rose ini akan sentiasa menyokong dari belakang. 

“ Susah senang sama-sama! Tidak kira apa berlaku, aku akan tetap berada di belakang kau. 

“ Allah tengah duga kau supaya kau tahu DIA sayangkan kau & ituje cara nak buat kau/ kita ingat DIA,” katanya.

Tulisnya di Instagram buat sahabat tersayang, dia mengingatkan Fathia agar selalu belajar untuk menerima teguran.

“ Mana mungkin DIA tak tahu hati budi kau cuma perangai tu je sikit eh! Tolong EH Fatiya! 

“ Bila manusia tegur sebab sayang tetapi dihina dicaci diumpat digosip diperli TAK APA! DIA akan datangkan teguran dari DIA!,” katanya.

Tunku Hanis turut mengingatkan Fathia agar sentiasa tenang dan sabar dalam setiap dugaan mendatang.  

Tambahnya, walau apapun terjadi, Fatiya tetap sahabat selamanya dan berjanji berdiri teguh di belakang dalam apa jua keadaan. 

Dalam perkembangan lain, Tunku Hanis bakal membintangi drama Leftenan Zana menerusi slot Lestary setiap Rabu-Jumaat bermula 9 malam di TV3. 

 

 

SGMS Faida