Categories: HiburanSelebriti

Sufian Suhaimi Tampil Jawab Isu Gambar Intim

Selepas kemenangan Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu pada AJL33 yang lepas, gambar intim yang seakan-akan dirinya pula tersebar, seolah-olah ianya adalah serangan terhadap penyanyi ini. 

Namun, ini jawapan pemenang bagi Persembahan Terbaik AJL33 baru-baru ini berhubung kontroversi yang melanda dirinya itu.

“Tidak tahu apa motif dan niat mereka apabila menyebarkan gambar tersebut dan mengaitkannya dengan saya. Mungkin juga ia serangan untuk mengalih perhatian ramai selepas kejayaan sayapada AJL33” Katanya.

Sufian juga tidak melatah apabila gambar intim melibatkan lelaki yang mirip dengannya bersama seorang wanita menjadi viral.

” Saya dapat tahu memang ada beberapa lelaki dikatakan memiliki rupa mirip dengan saya. Dan, ada pengawal keselamatan dan macam-macam lagi. Dan tentang gambar yang terbaru ini, rasanya hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya fikir ianya hanya troll yang dicetuskan oleh netizen.” Jelasnya.

Bagaimanapun, Sufian lebih senang untuk tidak  mengambil komen negatif ini sebagai salah-satu perkara besar sehingga boleh mengganggu fokus beliau untuk maju dalam bidang nyanyian.

Jadi, buat peminat Sufian Suhaimi mahupun netizen diluar sana, jangan cepat melatah okay. Selidik dahulu berita tersebut sebelum sebarkan. Kesian lah dekat penyanyi kesayangan korang ni.

Salma Syahbuddin