Featured By: Salma Syahbuddin January 12, 2023 @ 5:30pm

“Komunikasi Menerusi Pembantu Rumah, Ibu Mentua & Adik-Adik? Itu Mungkin Cara Baru Untuk Berhubung” – Puteri Sarah Liyana

Selepas pelbagai konflik timbul membabitkan isu rumah tangganya, pelakon Puteri Sarah Liyana tampil mengulas kenyataan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof berhubung video pendek yang dimuat naik di Instagramnya pada Rabu.

Memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Syamsul itu mungkin cara baru mereka berkomunikasi buat masa ini.

“Komunikasi menerusi pembantu rumah, ibu mentua dan adik-adik kami? Mungkin itu cara baru untuk berhubung pada waktu ini,” katanya.

Meskipun begitu, Syamsul menerusi video berkenaan memaklumkan, walaupun dia menyekat isteri pertamanya itu menerusi aplikasi WhatsApp, namun tanggungjawab dan nafkah yang harus diberikan sebagai seorang suami tidak pernah diabaikannya.

“Itu tidak perlu diungkit kerana sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kami, itu adalah tanggungjawabnya. Malah, dia juga masih perlu memberikan nafkah.

“Jika ada sebarang komunikasi, itu antara ibu saya dan juga dia. Seperti yang Syamsul tegaskan. Komunikasi kami adalah melalui ibu saya dan juga dia.

“Dia juga sudah berhenti menyekat saya di Whatsapp selepas video yang dimuat naik olehnya. Namun, jika ada komunikasi selepas ini, mungkin melalui peguam,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

Terdahulu, Puteri Sarah dalam kenyataan yang berlainan menegaskan, dia tetap dengan pendirian untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah terkenal itu.

“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Cukuplah Dengan Drama Play Victim Ni” – Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Jangan Putar Belit Cerita

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Setuju Tak Kalau Saya Sondol Syamsul?” – Bagi Green Light, Puteri Sarah Restu Model Jadi Isteri Ketiga Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:“Segala Kemusnahan Sudah Dilakukan Syamsul” – Hubungan Hampir Temui Titik Noktah, Puteri Sarah Tekad Failkan Perceraian

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dah Tiada Rasa Hormat, Awak Mahukan Perpisahan? Baik…” – Syamsul Yusof Kecewa Dimaki, Tampil Dedah Sebab ‘Block’ Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:“Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:“Cukuplah Dengan Kenyataan Yang Saya Dah Berikan” – Yusof Haslam Enggan Ulas Lebih Lanjut Konflik Rumah Tangga Anak

 

Sumber:  Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Nov 2021

Bomba Temui Bayi Lelaki Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

Satu kebakaran berlaku membabitkan seorang bayi lelaki berusia setahun rentung di sebuah unit di flat Jalan Dua, Pusat Bandar Sandakan, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 malam itu, pihak bomba menemui seorang bayi yang […]

Trending Thu, 27 Aug 2020

Kedai Serbaneka Beroperasi Lebih Dari 12 Tengah Malam Akan Dikenakan Tindakan

Dah tak boleh nak pergi 7eleven lebih dari pukul 12..

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Drama Thu, 1 Jun 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022

Aliff Syukri Tak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang

Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Nick- Priyanka Kahwin 1 Disember?

Wow, betul ke ni? Tak sabar kami nak tengok wedding of the year!