Kongsi Foto Berkemban, Individu Titip Komen Lucah Melampau? Ini Respons Padu Sharifah Sakinah!

Susulan memuat naik fotonya memakai pakaian mencolok mata ketika hadir pada majlis pelancaran sebuah produk kecantikan berjenama antarabangsa baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi menerima pelbagai kritikan dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Sakinah atau nama penuhnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkongsi foto dalam keadaan berkemban dan tip penjagaan kulit selepas melakukan proses menggelapkan warna kulitnya (tanned skin).

“Ramai tanya macam mana nak jaga my tanned skin. Sunbathing, minum air yang banyak, vitamin C drip (bukan untuk pemutihan),” katanya.

 

Perkongsian tersebut sekaligus menerima pelbagai kritikan dalam kalangan pengikutnya.

Malah, ada yang sanggup meninggalkan komen lucah terhadap aktres itu di ruangan komen platform berkenaan.

Sedar dengan tindakan berani individu terbabit, Sakinah dilihat membalas komen tersebut secara sarkastik.

Meskipun menerima pelbagai kecaman, namun ramai  yang tampil mempertahankan Sakinah apabila memuji kecantikan aktres itu.

Salma Syahbuddin