Kongsi Gambar ‘Baby Bump’, Juliana Evans Bakal Jadi Ibu

“ Gembira saya nak umumkan saya bakal bergelar dalam masa tiga bulan sahaja lagi,” tulis pelakon Che Puan Juliana Evans di Instagramnya.

Menurut wanita berusia 29 tahun ini, beliau dan suami sangat teruja menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka ini.

“ Saya dan suami sangat teruja mahu menimang anak dan tidak sabar berkongsi berita gembira ini dengan anda semua. Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi entri berkenaan juga, Juliana memaparkan gambar terbaharunya dengan perut yang sudah membesar.

Juliana berkahwin dengan Yang Amat Mulia Tengku Shariffuddin Shah Bin Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al- Hajj di Shah Alam 30 April 2017.

SGMS Faida