Kongsi Jantina Anak? Nanti Dulu…

Teruja menyambut kehadiran anak sulung tidak lama lagi, pelakon Anzalna Nasir lebih selesa tidak mendedahkan jantina anak buat masa ini.

Isteri kepada Mohamad Hanif Zaki ini memaklumkan dia mahu memberi kejutan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

“ Saya sukakan kejutan. Kalau sebelum ini saya memberi kejutan kepada ahli keluarga ketika mengumumkan berita hamil, jadi untuk soal jantina, saya akan lakukan yang sama.

“ Tiba saat sesuai saya akak umumkan jantina anak,” katanya ketika ditemui di majlis perlantikan Anzalna sebagai duta produk NR.

Pelakon jelita ini juga berkongsi pengalaman sepanjang hamil.

“ Saya jadi terlebih rajin lebih-lebih lagi dalam bab berhias. Kalau dulu saya lebih suka simple dalam bersolek, kali ini berbeza.

“ Sekarang ‘baby’ macam minta lebih pula. Suka melaram dan turun ke jemputan majlis-majlis ,” katanya yang bakal melahirkan pada Jun depan.

Anzalna yang kini hamil enam bulan turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya dan bayi dan segala urusan bersalin dipermudahkan.

Pasangan ini berkahwin pada 22 Februari 2016.

Wartawan: SGMS Fas/ Azroy.

SGMS Faida