‘Bella Ada Jemput Tapi…’- Nazim Othman Doakan Kebahagiaan Bekas Isteri

” Bella ada jemput ke majlis resepsinya dalam nada bergurau,”  kata pelakon Nazim Othman memberi komen tentang perkahwinan bekas isterinya, Bella Dally.

Menurut Nazim, meskipun dijemput Nazim menganggap lebih manis jika dia tidak menghadirkan diri.

“ Rasanya tidak manis kalau pergi. Kami tiada masalah malah hubungan saya dengan bekas mentua juga masih baik.

” Saya perlu jaga banyak hati,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Nazim yang baru sahaja melancarkan lagu Cerita Kita turut mendoakan agar ikatan perkahwinan Bella dan suaminya, Arif Izuddin kekal bahagia hingga ke Jannah.

Terdahulu, Nazim dan Bella pernah berkahwin pada 10 September 2016 namun berpisah pada 2 Mei 2018.

Ketika diusik sama ada lagu Cerita Kita mempunyai kaitan dengan Bella, Nazim segera menafikannya.

” Lagu ini sudah lama siap. Bella masih isteri saya ketika malah dia turut memuji lagu ini. Saya juga tidak mengubah setiap bait lirik yang ditulis,” katanya berharap lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar.

Single Cerita Kita merupakan ciptaan komposer Omar K dan Audi

SGMS Faida