Kongsi Momen Sweet Bersama Suami, Izara Aishah Buat Peminat Angau – “Kita Pula Senyum Sendiri”

Pelakon jelita Izara Aishah tampil membuat pengikutnya angau selepas memuat naik video bersama suami, Muhammad Adib.

Menerusi hantaran di TikTok, Izara telah berkongsi sebuah video kompilasi momen manisnya bersama Adib ketika keluar bersama gara-gara ingin mengikut trend.

“Macam ni kan yang you all slalu buat video tu? Nak tiru boleh?,” tulisnya.

@izaraaishahofficialMacam ni kan yang you all slalu buat video tu? Nak tiru boleh?

♬ Jug Jug Jeeve (Flip) – DJ Glory

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji kemanisan pasangan romantis itu dan cair melihat gelagat mereka.

Terdahulu, Izara dan Adib telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 2.

Fatin Nurain