Kongsi Rasa Penghargaan Pada Isteri, Kisah Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astilah Sentuh Hati Ramai – “Kita Lalui Banyak Turun Naik & Awak Masih Setia..”

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, berkongsi satu hantaran istimewa menzahirkan ucapan penghargaannya kepada isteri tersayang, aktres Bella Astilah.

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff memuat naik beberapa foto mereka ketika bercinta di zaman muda dan sehingga menjadi pasangan suami isteri.

Kata Aliff, dia mengucapkan terima kasih kepada Bella kerana masih setia disampingnya, meskipun melalui pelbagai ujian dan rintangan dalam berumah tangga.

“Sudah agak lama sejak saya muat baik hantaran penghargaan kepada isteri saya.

“Gambar pertama dan kedua pada tahun 2014 dimana teman wanita dahulu kini isteri bertemu saya pada fasa hidup saya hampir putus asa.

“Terima kasih sayang untuk pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, keazaman, dorongan dan anak-anak yang sayang dah bawa dalam dunia kita.

“Berkahwin selama 7 tahun dan mengenali satu sama lain lebih dari 10 tahun.

“Banyak turun naik dan awak sentiasa setia di sisi saya mengharungi segala ujian bersama. Semoga Allah merahmati awak dengan Khayr yang kekal di sini dan di akhirat kelak,” katanya.

Aliff berjanji akan menjadi seorang suami, bapa, dan anak yang baik kepada keluarga tercintanya.

“Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada saya yang menjadikan saya lelaki seperti saya hari ini.

“Dan saya akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya, abang kepada adik-adik saya, suami kepada awak, dan ayah kepada anak-anak kita insyaallahuta’ala.

“Semoga Allah terus merahmati dan membimbing kita sekarang hingga ke jannah. Amin Ya Rabb. I love you, Dayang Ara Nabellah,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan selebriti ini menerima ujian apabola diganggu oleh individu ketiga iaitu aktres Sophia Albarakbah yang cuba mendekati Aliff.

Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata sepasang.

Aqilah Paharuzi