Kongsi Rezeki…Ruben Onsu Jemput 50 Peniaga Bakso Rai Ulang Tahun Pertama

Pengacara terkenal Indonesia, Ruben Onsu menjemput 50 peniaga bakso di kawasan Tebet, Jakarta Selatan sempena ulang tahun pertama restorannya, baru-baru ini. 

Ruben yang turut menjalankan perniagaan bakso menjelaskan tujuannya menjemput mereka bukan kerana berniat mahu ‘mencantas’ peniaga lain. 

“Saya senang sekali dapat meraikan mereka dalam sambutan ulang tahun pertama kedai Bakso Ruben. Tiada niat lain, hanya sekadar mahu meraikan hari bersejarah ini bersama. Tiada istilah persaingan hanya meraikan bersama mereka.

“Saya mengambil tema ‘Salam Satu Mangkuk’ kerana kami tidak berebut rezeki. Rezeki sudah ada yang mengatur untuk masing-masing,” katanya.

Pengacara berusia 36 tahun ini memberitahu dia tidak berniat menutup rezeki peniaga bakso lain dengan memilih berniaga makanan yang sama. 

“Mungkin juga bakso saya boleh berkolaborasi dengan penjual bakso lain. Seperti penjual bag tangan yang juga berkolaborasi sebelum ini, segalanya mungkin,” katanya optimis untuk Bensu Bakso.

Oleh: Tribun News

SGMS Faida