Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Kisah khalwat membabitkan pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz seakan sudah reda apabila kedua-dua pasangan pelakon ini mengambil keputusan untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan lanjut berhubung kontroversi tersebut.

Namun, hantaran terkini yang dimuat naik Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, menerusi Instagram Story miliknya sekali lagi mencuri perhatian.

Menerusi perkongsian tersebut, Ruhainies dan Aliff serta beberapa individu lain kelihatan sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) bagi menunaikan ibadah umrah.

Malah, Aliff yang berdiri bersebelahan dengan Ruhainies sempat membacakan doa sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Aliff bagaimanapun kelihatan tidak berkongsi momen tersebut menerusi laman sosial miliknya.

Salma Syahbuddin