Hiburan By: Maya Basir November 21, 2023 @ 6:40pm

Kongsi Video Mengalirkan Air Mata, Fuad Rahman Beri Penjelasan Tentang Keadaan Tom

Penyanyi Fuad Rahman tampil memberi penjelasan tentang perkongsian video isterinya, Tom yang mengalirkan air mata di Instagram.

Memetik laporan mStar, Fuad memberitahu Tom berdepan dengan gangguan emosi gara-gara masalah kesihatan pedih ulu hati.

Malah, program Famili Duo musim ketiga (FD3) memberikan cabaran buat diri Tom yang kini sedang hamil tujuh bulan.

“Tom memang selalu alami masalah pedih ulu hati dan sesak nafas, itu membuatkan dia sedikit tertekan, sakit yang dialami juga membuatkan dia sedih.

“Masalah alahan sudah semakin baik, cuma sekarang ini masih tidak boleh makan sebarangan lagi,” jelasnya.

Menerusi perkongsian Tom di Instastory, dia membuat keputusan untuk menghabiskan pertandingan FD3 secara profesional terlebih dahulu.

“Just jadi profesional untuk dua atau tiga minggu Famili Duo ni. Habiskan yang patut dulu,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, dia berkongsi video memperlihatkan dirinya mengalirkan air mata.

Sementara itu, Fuad memberitahu emosi Tom sering berubah-ubah kerana berfikir dia gagal membuatkan orang sekeliling gembira.

“Emosi dia memang tidak stabil. Ada ketika dia memang mudah menangis, katanya dia tidak buat orang lain gembira.

“Sebagai suami saya akan beri semangat dan pastikan dia dalam keadaan baik. Kami juga akan dapatkan nasihat doktor ketika melakukan pemeriksaan kandungan,” katanya.

Berkongsi tentang persiapan di pentas separuh akhir FD3 pada Ahad ini, semuanya berjalan dengan lancar.

“Sejak awal minggu FD3 lagi saya memang tidak mahu bebankan dia. Saya yang akan uruskan segala pemilihan lagu dan konsep persembahan.

“Dia sangat bersemangat untuk teruskan persembahan di pentas FD3 kerana kali ini ada saya di sisi yang sentiasa menemani,” ujarnya.

Pada minggu ketujuh ini, mereka akan membuat persembahan bertemakan Hip Hop/Dance.

Selain Tom dan Fuad, FD3 turut disertai oleh duo Ryan dan Adam, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Shila dan Syahir, Syaiful dan Sharif serta Adira dan Emma.

FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran TV3 dan aplikasi Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

#mentor7: Pasya Takut Bawa Lagu Dangdut?

Diiringi bersama penyanyi yang memainkan keyboard, Sissy Iman untuk lagu Versace On The Floor, Pasya meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu.

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Jasper、嗯哼都痛到哭了!《爸爸5》未播画面被骂翻

近期非常火红的《爸爸去哪儿5》前阵子到中国甘肃省拍摄,小小春(Jasper)和嗯哼与当地小朋友进行拔河喝牛奶比赛。节目组发放了未播花絮,引来观众一阵争议。

Trending Wed, 10 Jun 2020
Hiburan Sun, 14 Apr 2019
Trending Tue, 2 Jul 2019

Pemandu Lori Maut Di Kawasan Perindustrian Mengkibol Kluang

Kecederaan agak parah di bahagian muka dan kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian

Trending Thu, 21 Apr 2022