Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tampil berkongsi sebuah video pendek di TikTok menunjukkan dia sedang mengemas dan menyuai padankan baju milik anak lelakinya.
Menurutnya, setiap kali anak-anak atau keluarga ingin pergi melancong, dia akan menyiapkan segala keperluan termasuklah mengemas baju-baju yang akan digunakan sepanjang percutian.
“Setiap kali anak kami nak travel, memang kami akan siapkan baju. Settle!
“Biasalah, mak dia pula rajin macam mana kan? Ini untuk baju day 1, baju biru, seluar biru kita akan matching kan dengann kasut biru.
“Empat hari empat malam, empat baju, empat kasut. Selesai,” katanya.
Perkara itu dikongsi Che Ta selepas anak lelakinya, Ammar Affendy membuat kenyataan bahawa ibunya itu tidak membenarkan anak-anaknya memakai selipar jika hendak keluar rumah sekaligus menolak dakwaan netizen yang mengatakan anaknya tidak pandai berdikari.
“Orang kata anak Che Ta tak independent ke? Eh, tidak. Kami buat apa yang kami patut buat lah, kemas baju anak-anak,” jelasnya.
Dalam pada itu, Che Ta juga sempat menitipkan pesanan buat anak lelakinya agar memeilih isteri yang boleh menjaga penampilan mereka kelak.
“Semua mak akan bagi yang terbaik untuk anak-anak. Betul tak? Nanti hampa dah menikah pandai-pandailah cari bini yang boleh jaga hampa.
“Jangan nak menangis dekat aku kata bini buta warna,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 600,000 tontonan dan menerima lebih 26,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Jumaat.
Tahniah Aina Abdul!
Semoga dipermudahkan
Alhamdulillah! Terbaik Lana
“Ada cara yang lebih baik untuk berdakwah atau mencipta gerakan, tapi bukan dengan cara mencipta…