Categories: HiburanSelebriti

Konsert Amal Damasutra di Hard Rock Cafe

Lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Sufi dan Asyik pernah melonjakkan nama kumpulan Damasutra sekitar 90-an dulu. Dianggotai Amran (bass), Alok (gitar) dan Assu (drum) dan vokalis Baggio, mereka bakal beraksi di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur!

Istimewanya kemunculan Damasutra kali ini adalah menjayakan misi penting bagi mengumpul dana tabung bantuan Rohingya. 

Peminat kumpulan Damasutra jangan lepaskan peluang korang tau. Sambil kita layan rangkaian lagu ‘klmj’, sambil itu juga kita boleh menderma. 

Tiket konsert amal mini: Damasutra Air Mata Rohingya anjuran INSAF Malaysia boleh dibeli di pintu masuk Hard Rock Cafe pada hari berkenaan atau hubungi Cik Juliana di talian 013- 340 0447. Tiket berharga RM 65 untuk seorang dan persembahan bermula jam 3 petang. 

Konsert mini ini juga bakal diserikan dengan kemunculan artis dari Padi Records dan Solaris Music. Antaranya Ammy Fara, Real Spin dan Ezza. Jom berhibur sambil beramal! Jumpa korang kat sana okay…

SGMS Enal