Hiburan By: Salma Syahbuddin December 4, 2018 @ 5:00pm

Konsert Metal Return 1.0 XPDC Dan May Bergabung

Kurang dari beberapa minggu sahaja lagi, Konsert Metal Return 1.0 Live bakal menampilkan dua kumpulan rock lagenda XPDC dan May. Popular sekitar tahun 80-an dan 90-an ini, pastinya mereka bakal menggegarkan Stadium Perak, Ipoh yang rata-rata mampu memuatkan seramai 30,000 ribu penonton dalam satu-satu masa.

Pihak penganjur dan dua kumpulan hebat ini akan menjanjikan kehangatan menerusi lagu-lagu yang akan menggamit kenangan buat para peminat tegar kumpulan XPDC dan May nanti. 

Lebih menarik lagi, XPDC bakal tampil dengan album terbaharu mereka berjudul Doa (Dakwah Only Allah) yang akan menampilkan lagu-lagu terkini yang mempunyai mesej berunsur dakwah. 

” Saling berkongsi apa yang kami tahu kepada peminat, kami bercerita benda yang baik dan peminat juga mendengar benda yang baik. Terima atau tidak, itu kerja Allah. Lagipun usia sudah meningkat, takkan lah nak nyanyi lagu cinta lagi. Peminat pun rata-ratanya seusia dengan kami, pasti kami dan juga semua dapat menerima lagu sebegini.” Kata Izo wakil dari kumpulan XPDC.

Manakala, bagi kumpulan May mereka ibaratkan Konsert Metal Return 1.0 Live seperti balik kampung sendiri kerana mereka berasal dari Ipoh.

“Saya, Abu (gitar), Yus (bass) dan Man (drum) berasal dari Manjoi dan menjadi kebanggaan warga Perak selain menggunakan peluang ini untuk memberikan persembahan terbaik buat para peminat,” kata vokalis kumpulan May ini.

Tiket konsert Metal Return 1.0 Live ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu VIP Zone (RM150) yang mana peminat boleh menghadiri sesi meet & greet dalam satu majlis minum petang selain dapat t-shit logo VIP dan menghadiri sesi sound check bersama mereka. Manakala, Metal Zone (RM95) bakal mendapat t-shirt dan Metal Zone (RM60).

Jadi apa tunggu lagi, kepada peminat kumpulan rock lagenda ini, korang boleh dapatkan tiket-tiket tersebut di www.stubapp.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Oct 2021
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Stacy Tunggu ‘Jodoh’ Terbaik?

Kerja tetap kerja…

Events Sat, 10 Aug 2019

Westlife’s The Twenty Tour In KL Brings Back The Band’s Glory Day, We Absolutely Cried..

Westlife The Twenty tour back in Malaysia and bring us down the childhood memory lane..

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Tom Holland is Not Happy at People Spreading Rumours of His Love Life

Our favourite Spider-Man finally addressed his dating rumour with a mystery woman.

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Apex Kembali Merampas Takhta Juara Mingguan Mentor Milenia 2019!

Apa agaknya persembahan Apex minggu separuh akhir nanti??