Featured By: Salma Syahbuddin December 2, 2022 @ 4:16pm

Konsert Senandung Malam: Payung Teduh X Pusakata X Efek Rumah Kaca Penutup Tirai Bulan November Paling Bermakna Buat Peminat

Setelah hampir 18 tahun menunggu untuk menyaksikan kedua-dua kumpulan alternatif rock Indonesia, Efek Rumah Kaca dan Payung Teduh X Pusakata yang kini dikenali sebagai Parade Hujan beraksi diatas pentas sama, akhirnya tanggal 30 November lalu merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan buat peminat di Malaysia.

Menampilkan kumpulan indie berbakat dalam satu konsert yang begitu signifikan, konsert yang diberi judul Senandung Malam boleh dikategorikan sebagai konsert penutup terbaik pada bulan November ini.

Membuka tirai persembahan dengan dendangan lagu Tubuhmu Membiru dari Efek Rumah Kaca disusuli dengan lagu Jatuh Cinta Itu Biasa Saja dan Putih, peminat bagaikan terus dipukau dengan kemantapan vokalisnya, Cholil Mahmud.

Tidak seperti konsert lain yang penyanyinya bertindak persis penglipur lara, persembahan 90 minit dengan 16 buah lagu dari Efek Rumah Kaca diteruskan dengan nyanyian ‘deep’ nya seperti Melankolia, Seperti Dalam Rahim Ibu, Kamar Gelap, Lagu Kesepian, Desember, dan Heroik.

Malah, antara lagu yang membangkitkan emosi penonton semestinya, Sebelah Mata, Di Udara, Jangan Bakar Buku, Cinta Melulu, Urib, Mosi Tidak percaya dan Kau Dan Aku Menuju Ruang Hampa.

 

Sementara itu,  konsert Senandung Malam diteruskan lagi dengan sajian lagu-lagu bergenre alternatif fusion yang menggabungkan elemen tradisional, keroncong dan jazz dari Parade Hujan.

Persembahan pembukaan  bagi Parade Hujan sedikit berbeza apabila peminat disajikan dengan klip visual muzik Resah sebelum dibuai dengan nyanyian lagu-lagu popular mereka seperti, Angin Pujaan Hujan, Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan dan Di Atas Meja.

 

Persembahan bersahaja di tambah dengan muzik dan kelunakan vokal Mohammad Istiqamah Djamad selaku vokalis kumpulan ini, Parade Hujan seperti mempunyai magisnya tersendiri.

Bahkan, susunan muzik yang syahdu membuatkan peminat terus setia sambil menyanyikan bait-bait lirik puitis menerusi rantaian lagu popular yang dipetik dari album Dunia Batas dan Ruang Tunggu.

Antaranya adalah, Berdua Saja, Akad, Kucari Kamu, Menuju Senja, Kerinduan, Puan Bermain Hujan, dan Muram.

 

Terdahulu, Istiqamah selaku vokalis berkata, persembahan ini bukan hanya soal berapa ramai peminat yang hadir tetapi bagaimana peminat dan penonton sedar serta menyaksikan dengan empat mata muzik Payung Teduh menerima apresiasi yang baik dari peminat di Malaysia.

“Ayuh, kita lakukan dan nikmati apresiasi yang akan hadir dari bukanhanya peminat Payung Teduh (Parade Hujan) tetapi peminat Efek Rumah Kaca sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 26 Apr 2018

Kalau Nak Suami Puji Lebih, Cuba Buat Cheesekut Ini

Sedapnya cheesekut ini kalau dimakan bersama orang-orang tersayang!

Featured Wed, 16 Aug 2023
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

Jonghyun – Peminat Berhijab Berkumpul Kenang Netizen Kecam

Peminat yang terdiri daripada pelbagai bangsa itu hadir dengan membawa beberapa barangan peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara itu berlangsung

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.

Eat Travel Mon, 6 Jul 2020

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Nikmati kebaikan dalam setiap jus berkhasiat

Hiburan Thu, 24 Aug 2023
Hiburan Tue, 17 Aug 2021

YouTube Bantu Tambah Pendapatan Zarul Umbrella

Vokalis kumpulan Umbrella, Zarul Husin, 48, mengakui saluran YouTube yang diusahakan semenjak tahun 2011 membantu untuk menambahkan pendapatannya. Aktif semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon ini sentiasa muncul dengan kandungan yang menarik berkaitan […]

Trending Wed, 3 Jun 2020

Status Permohonan Geran Khas Prihatin Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Jadi bagi semua pemohon, suda boleh semak mulai esok ye!

Featured Fri, 26 Apr 2024