Featured By: Salma Syahbuddin August 16, 2023 @ 1:04pm

Awal Ashaari & Scha Alyahya Tak Rancang Tambah Zuriat – “Saya Cakap Dengan Isteri, Cukuplah 2 Orang Sahaja”

Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengaku tidak merancang mahu menambah bilangan anak pada ketika ini memandangkan jadualnya dan isteri, Scha Alyahya agak sibuk.

Katanya, tugas membesarkan dua anaknya iaitu Lara Alana dan Lila Amina setakat ini amat mencabar kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi.

Malah, sebagai ibu bapa, menyediakan yang terbaik dan memastikan kesihatan mental anak-anak terjaga adalah amat penting.

“Sebagai ibu bapa, kami perlu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak selain perlu memastikan kesihatan mental mereka terjaga. Sebab saya dan isteri memang sibuk. Keluar pagi, balik malam.

“Anak masih kecil, memang seronok melayan. Tapi bila mereka semakin membesar, ada satu tanggungjawab yang perlu kita lakukan dengan sempurna. 

“Jadi, untuk menambah bilangan cahaya mata, saya ada bercakap dengan isteri cukuplah dua orang sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Awal juga memaklumkan, cabaran membesarkan anak-anak pada ketika ini memerlukan kos yang sangat tinggi dan jika mempunyai anak ramai, dia dan Scha takut tidak dapat memberikan yang terbaik dan sempurna kepada anak mereka nanti.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak terutamanya pendidikan. Macam Lara, saya hantar dia ke kelas itu dan ini.

“Jadi bila difikirkan balik, lagi ramai anak, lagi besar tanggungjawab kami nanti terutama daripada segi kos, takutlah kalau ada anak ramai nanti tak terjaga.

“Kos membesarkan anak pun sudah cukup tinggi. Tapi mungkin sebab pilihan kami sendiri juga yang mahu berikan terbaik buat mereka,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

 

Sekadar info, Awal mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan model, Scha Alyahya pada 4 Mei 2012 dan hasil perkhwinan tersebut pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu, Lara Alana, 9 dan Lila Amina, 2.

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Apr 2018

South Korea’s Hot Air Balloon Accident Causes 1 Dead and 12 Injured

It was a sudden crash that has shocked the nation.

Featured Thu, 9 Feb 2023

KJ Sah Jadi DJ Hot FM Mulai Rabu Depan

Fuh! Tak sabarnya nak dengar KJ dekat Bekpes Hot nanti!

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Featured Thu, 14 May 2020
Trending Sat, 29 Jun 2019

Usah Keliru Dengan Pingat, Ketua SPRM Jawab Isu ‘Bar Ribbon’

Susulan isu bar ribbon yang timbul selepas disuarakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Kota tampil memberi penjelasan.