Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 17, 2023 @ 4:00pm

Fauziah Sarman Takkan Tarik Balik Gelaran ‘Penyondol’ Kepada Siti Munirah, Nafi Masih Tak ‘Move On’ – “Jiwa Saya Sangat Tenang”

“Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Saya takkan tarik balik gelaran penyondol untuk budak ini. Kalau bukan penyondol nak panggil apa ye?”

Demikian kata- kata bekas isteri kepada penyanyi Datuk ND Lala, Fauziah Sarman yang tidak akan menarik balik gelaran penyondol kepada wanita yang dikatakan merampas kebahagiannya selama 34 tahun itu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fauziah menafikan dia masih lagi tidak ‘move on’ sebaliknya hanya meluah rasa yang terpendam di hati.

“Saya menulis kali ini bukan untuk terus mendedahkan aib peribadi saya tetapi ada banyak perkara seakan perlu saya jelaskan.

“Ada yang merasakan saya tidak boleh move on dengan apa yang sudah Allah tulis untuk saya.

“Sedangkan jiwa saya sangat tenang secara total. Apakah meluah rasa tanda orang itu ‘meroyan’ dan tidak menerima kenyataan?,” tulisnya.

Lebih panas, Fauziah turut meminta bekas suaminya itu bersikap jujur untuk mendedahkan tarikh sebenar perkahwinan kedua.

“Jika rasa tindakan saya yang salah, beranilah khabarkan kepada semua tarikh sebenar pernikahan kedua itu.

“1 April lepas bekas suami saya beri tahu depan anak saya dia baru bernikah Disember 2022 tahun lepas. Adik ipar saya di Ipoh bagi tahu abangnya perkenalkan bahawa budak itu isteri ke 2 pada 2019.

“Isteri baru bekas suami saya pula kata pada kawannya di Kedah mereka dah 8 tahun bernikah. “Perjanjian perkahwinan tak boleh daftar kat Malaysia dan tak boleh ada anak”,” kongsinya lagi.

Fauziah turut mendedahkan mengenai nafkah dirinya yang diabaikan sejak bertahun lamanya dan mendakwa ND Lala sering berfoya-foya dengan isteri baharunya itu.

“Tanyalah diri berapa lama nafkah saya diabaikan. Cerminlah diri, bertahun anda tidak bekerja. Pagi petang main golf dan berfoya-foya dengan isteri baru.

“Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya tetapi janganlah sampai ‘menghabiskan’ dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak.

“Saya pernah dididik oleh bekas suami bahawa ‘setiap tindakan ada akibatnya’ jadi bagi saya apa yang terjadi sekarang, satu persatu kisah yang kami simpan selama ini adalah kifarah yang Allah zahirkan.

“Sebab itu saya tiada niat untuk membuka pekung di dada tetapi apa yang benar tidak akan menipu apabila sampai masanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ (rakaman suara) di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.

ND Lala juga turut membuat penjelasan bahawa dia sendiri yang mendekati Siti Munirah, dan meminta restu untuk berkahwin daripada bapa mentuanya itu.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kereta Dicuri, Dakwaan Disihir Isteri Muda… ND Lala Jelas Spekulasi – “Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach”

ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Sarman Nafi Tolak Poligami, Setuju Gelaran ‘Penyondol’ Sesuai Buat Isteri ND Lala – “Dua-Dua Sama Perangai”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Oct 2025

Doktor Kongsi Keadaan Ardell Aryana Selepas Habis Misi Kemanusiaan – “Dia Nyawa-Nyawa Ikan Pun Dia Kata Okay”

Jelasnya, Ardell adalah peserta yang paling teruk diuji dalam misi kali ini kerana keadaan badan Ardell yang asyik kekurangan air, pucat dan tekanan darah yang tidak berapa baik.

Featured Thu, 27 Feb 2025

Ahmad Syafiq Dedikasi Lagu ‘Bila Hatiku Rindu’ Untuk Insan Tersayang

Lagu berkonsepkan pop rock balada yang membawa makna mendalam buat dirinya.

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

BTS’s J-HOPE Finally Reveals Member Who Made Cameo in Daydream MV!

J-Hope played a guessing game with fans but now he has revealed the answer.

Featured Wed, 10 Mar 2021

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Elfira Loy Dikhabarkan Hamil Anak Kedua?

Dengar kata, Rayyan bakal dapat adik.. Betul ke?

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Terima Kasih, Abang Nam Ron!

Saya akui sebagai pelakon baharu, agak susah untuk menjiwai sesebuah watak.

Trending Sat, 7 Nov 2020
Hiburan Sun, 7 Jan 2018

Remy Ishak Sudah Berkahwin?

Betul ke sudah bernikah secara rahsia selepas gambar memakai baju pengantin tersebar.

Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Penaja Utama ABPBH35 Perjelas Hadiah Milik Bell Ngasri, Janji Beri Pakej Umrah Paling Istimewa

Katanya Bell akan dapat hadiah tambahan nanti ☺️ Wahh apa agaknya tu 👀

error: Content is protected !!