Kontroversi Antara Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi Belum Berakhir!

Bulan ini sahaja, cerita mengenai kisah putus tunang antara Elfira Loy dan Penyanyi, Sufian Suhaimi kini menjadi trending dan sering menghiasi portal hiburan . Malah, kisah mereka dilihat semakin rancak diperkatakan apatah lagi apabila kisah putus tunang ini melibatkan ibu bapa kepada pasangan tersebut.

Selepas ibu kepada Elfira Loy membuat kenyataan bahawa wang hantaran tidak cukup punca anak perempuannya itu putus tunang, kali ini ayah El pula bersuara mengenai isu tersebut. Menurut ayah Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin beliau seolah-olah dapat merasakan hubungan anaknya bersama penyanyi, Sufian Suhaimi itu tidak akan kekal lama memandangkan ketika majlis pertunangan sahaja perjalanan majlis dilihat seperti tidak berjalan seperti apa yang dirancangkan.

“Jujurnya ketika majlis bertunang Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil. Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagian anak sendiri. Kira-kira dua bulan selepas bertunang saya berbincang dengan ibu Elfira untuk tidak meneruskan hubungan mereka.”

Ayah El juga turut memberitahu bahawa, ia bukannya soal wang hantaran kerana, bagi pihak keluarga El sendiri mereka tidak pernah meminta-minta tentang wang hantaran kepada pihak Sufian.

Apapun, anggaplah hubungan antara pelakon kesayangan ramai ini dan Sufian Suhaimi sudah berakhir dan antara mereka memang sudah tertulis tidak mempunyai jodoh yang panjang. 

Buat Elfira dan Sufian, move on dan teruskan melahirkan karya-karya yang terbaik buat industri tanah air okay!

Salma Syahbuddin