Makin Popular Makin Banyak Terima Mesej ‘Nakal’

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat akui sering menerima kiriman mesej yang berbaur usikan ‘nakal’ di laman sosial. Ya lah kan…Sajat cantik orangnya, pastilah ramai yang tertawan.

Akuinya lagi, populariti yang naik mendadak sejak kebelakangan ini menyebabkan lebih banyak foto jelik berbaur lucah yang diterimanya.

“ Bukan hanya saya saja terima malah kiriman dihantar kepada wakil stokis dan ejen perniagaan.

” Mungkin mereka ingat nombor telefon di Instagram itu nombor Sajat kut?,” katanya.

Tambah Sajat, bila permintaan mereka tidak dilayan, mulalah netizen melontarkan komen-komen yang tak masuk akal.

“ Sajat lebih selesa abaikan mesej berkenaan. Mungkin ia hanya usikan nakal peminat,” katanya yang ditemui semasa sidang media Nur Sajat rated xtra @ Tonton  di The Ame Soeur, Bukit Jalil Kuala Lumpur, semalam.

Sajat kini tampil dengan program vlog yang berkonsepkan rakaman realiti mengenai kisah peribadi dan perniagaan Sajat itu boleh ditonton menerusi portal Tonton sejak 28 Februari lalu.

SGMS Faida